awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit, situasi di Sarawak kian pulih

Bernama
Bernama
15/12/2025
12:43 MYT
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit, situasi di Sarawak kian pulih
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dilaporkan meningkat sedikit setakat 5 petang ini, manakala situasi di Sarawak semakin pulih. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dilaporkan meningkat sedikit setakat 5 petang ini, manakala situasi di Sarawak semakin pulih.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 326 orang daripada 101 keluarga, berbanding 299 orang daripada 78 keluarga pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, di daerah Hulu Terengganu, sebanyak 274 orang daripada 87 keluarga berlindung di lima PPS sejak malam tadi.
PPS berkenaan ialah Bangunan PPS Kampung Lubok Periok, Masjid Kampung Peneh, Balai Raya Kampung Kemat, Balai Raya Kampung Pelandan dan Balai Raya Kampung Tapah.
Sementara itu, di daerah Kemaman, 52 orang daripada 14 keluarga bertempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Masjid Sungai Mas dan Dewan Sivik Air Putih.
Di SARAWAK, JPBN negeri memaklumkan situasi banjir semakin pulih dengan hanya dua PPS masih beroperasi di Miri.
JPBN dalam kenyataan memaklumkan setakat petang ini, 11 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaaan Suai, Niah dan PPS Dewan Bulan Sabit Merah, berbanding 18 orang daripada sembilan keluarga pada pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#Pulih
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan