awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan maut dipukul rakan sendiri

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
24/09/2021
13:12 MYT
Buruh binaan maut dipukul rakan sendiri
Mangsa berusia 52 tahun ditemui terbaring bersebelahan motosikalnya oleh orang awam di tepi jalan kawasan tersebut. - Gambar/ Astro AWANI
GEORGE TOWN: Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang buruh binaan mati dibunuh rakan sendiri dalam kejadian di hadapan kedai runcit di Changkat Minden 6, Gelugor, di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 52 tahun ditemui terbaring bersebelahan motosikalnya oleh orang awam di tepi jalan kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, berdasarkan maklumat awal, polis menerima laporan kematian seorang lelaki akibat kemalangan jalan raya.
"Bagaimanapun sebaik siasatan dilakukan, pihak polis mendapati mangsa sebenarnya meninggal dunia akibat dipukul suspek dan bukannya terlibat dalam kemalangan.
"Pemeriksaan forensik di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang senjata digunakan dalam kejadian berkenaan, namun pemeriksaan mendapati ada kesan kecederaan pada kepala mangsa," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek dan mangsa saling mengenali dan kerap meluangkan masa berehat bersama-sama di kawasan itu.
Soffian berkata polis kini sedang menjejaki suspek warga tempatan yang sudah dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Topic Berkaitan
#bunuh rakan
#buruh binaan
#Changkat Minden
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan