awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan pukul ibu saudara ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2023
09:42 MYT
Buruh binaan pukul ibu saudara ditahan
Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, berlaku perselisihan faham antara seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga pengadu dengan suspek.- Gambar hiasan
AMPANG : Seorang buruh binaan ditahan kerana disyaki memukul ibu saudaranya selepas berlaku perselisihan faham di sebuah rumah di Jalan Maju Utama, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 10 malam itu, berlaku perselisihan faham antara seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga pengadu dengan suspek yang telah menumpahkan cat di hadapan rumah dan membuang botol minuman keras sehingga pecah.
"Suspek kemudian telah memukul ibu pengadu, 70, sehingga menyebabkan sakit di muka. Motif kejadian adalah wanita itu tidak berpuas hati terhadap suspek yang telah membuat sepah di hadapan rumahnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohamad Farouk berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek berusia 36 tahun itu pada hari sama.
"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau yang melibatkan kes jenayah.
"Suspek telah direman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017," katanya.- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#keganasan rumah tangga
#buruh binaan
#Ampang
#memukul ibu saudara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan