awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh didakwa edar 16kg kanabis

Bernama
Bernama
05/02/2024
10:45 MYT
Buruh didakwa edar 16kg kanabis
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Muhammad Helmiee Azmi, 23, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim. - Foto Bernama
KANGAR: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 16 kilogram (kg) kanabis di Padang Besar pada 24 Jan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Muhammad Helmiee Azmi, 23, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Helmiee dituduh mengedar dadah itu berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand di Kampung Melayu, Padang Besar pada 7.20 pagi, 24 Jan lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.
Mahkamah menetapkan 1 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#edar kanabis
#buruh didakwa
#padang besar
#Muhammad Helmiee Azmi
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan