Skip to main content

Dunia

Musk umum SpaceXAI akan dijenamakan semula sebagai SpaceXSI

Elon Musk, berucap menerusi pautan video pada hari penyenaraian awam permulaan (IPO) SpaceX di Nasdaq MarketSite, New York City, Amerika Syarikat, pada 12 Jun 2026. - Gambar fail/ Reuters
Elon Musk, berucap menerusi pautan video pada hari penyenaraian awam permulaan (IPO) SpaceX di Nasdaq MarketSite, New York City, Amerika Syarikat, pada 12 Jun 2026. - Gambar fail/ Reuters

Advertisement

WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk, mengumumkan bahawa unit kecerdasan buatannya, SpaceXAI akan dijenamakan semula sebagai SpaceXSI.

Musk membuat pengumuman itu menerusi platform X pada Ahad sebagai menjawab pertanyaan seorang pengguna mengenai kemungkinan menukar nama SpaceXAI kepada SpaceXSI.

“Ya, kami akan membuat perubahan itu,” balas Musk dalam hantarannya.

Pengumuman tersebut dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa penggunaan istilah “super intelligence” (kecerdasan super) bagi menggantikan “artificial intelligence” (kecerdasan buatan).

Bagaimanapun, sehingga kini, akaun X milik SpaceXAI masih menggunakan nama sedia ada dan belum memaparkan sebarang perubahan.

Musk juga tidak memberikan maklumat lanjut mengenai penjenamaan semula itu, termasuk bila perubahan nama berkenaan akan dilaksanakan.

SpaceXAI turut belum memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan komen berhubung perkara tersebut.

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu, Trump berkata, semua dokumen rasmi Amerika Syarikat akan menggunakan istilah yang disifatkannya lebih tepat.

“Mulai sekarang, semua dokumen Amerika Syarikat dan diharapkan juga seluruh dunia, akan diubah untuk menggunakan istilah yang jauh lebih tepat iaitu ‘super’ berbanding ‘artificial’. Jadi, ia adalah ‘super intelligence’,” katanya.

 

Must Watch Video

Advertisement