awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh dipenjara tujuh bulan cabul rakan baru dikenali

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
21/04/2024
11:45 MYT
Buruh dipenjara tujuh bulan cabul rakan baru dikenali
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula tarikh ditangkap iaitu 24 Oktober 2023. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Ahad kerana mencabul kehormatan rakan wanita baru dikenalinya.
Hukuman itu diputuskan Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas tertuduh Ahmad Ridhwan Abdullah Hazam, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 25 tahun ketika kejadian dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 16 April 2022 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada jam 2 pagi.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan fakta kes, sewaktu kejadian, tertuduh baru pertama kali bertemu dengan mangsa setelah berkenalan menerusi aplikasi WeChat.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula tarikh ditangkap iaitu 24 Oktober 2023.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Marlisa Marzuki.
Topic Berkaitan
#kes cabul
#cabul rakan
#hukuman penjara
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan