PUTRAJAYA: Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh kekasihnya yang memutuskan hubungan, lima tahun lalu.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memerintahkan Untung (hanya satu nama), 42, menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada pada 23 Dis 2018.
Dalam menyampaikan penghakiman, Abang Iskandar berkata tiada merit dalam rayuan Untung.
Untung dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Ogos 2020 kerana membunuh Asmaul Chasanah, 28, di tempat letak kereta Masjid Al-Husna di Bandar Sunway, Petaling Jaya pada jam 10.15 malam, 22 Dis 2018.
Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 6 Okt 2022.
Mengikut fakta kes, Untung membeli sebotol racun perosak dan membawa pisau dapur bersamanya dan menunggu mangsa di tempat letak kereta.
Dia memberitahu mangsa bahawa dia sedih dan berniat untuk membunuh diri. Dia kemudian meminum racun perosak dan menikam dirinya sendiri.
Sebalik meninggalkan tempat itu, mangsa mengejek dan menghina kekasihnya dan akibat provokasinya, lelaki itu menikam teman wanitanya yang berdiri dihadapannya.
Peguam Gooi Soon Seng dan Lim Wei Qi mewakili Untung manakala pihak pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee.
Dalam kes berasingan, Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati kepada pemenjaraan selama 35 tahun terhadap seorang penganggur kerana membunuh anak teman wanitanya berusia enam tahun Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan pada 2018.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin turut memerintahkan Noraizuwan Hamali, 32, dikenakan sebatan 12 kali dan menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapan pada 19 April 2018.
Bagaimanapun, mahkamah menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan membunuh.
Pada 21 Jan 2022, Mahkamah Tinggi Kangar menjatuhkan hukuman mati terhadap Noraizuwan selepas didapati bersalah membunuh Muhammad Rayyan di sebuah rumah di Kampung Jejawi, Kangar, Perlis antara jam 3.35 petang dan 12.10 tengah malam pada 18 April 2018.
Peguam Farida Mohammad mewakili Noraizuwan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Mengikut fakta kes, Untung membeli sebotol racun perosak dan membawa pisau dapur bersamanya dan menunggu mangsa di tempat letak kereta. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Buruh Indonesia bunuh kekasih terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh kekasih.