awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh ladang diserang harimau kumbang

Bernama
Bernama
11/02/2013
14:37 MYT
Buruh ladang diserang harimau kumbang
Seorang buruh ladang warga Indonesia terpaksa menerima 50 jahitan akibat dicakar ketika bergelut dengan seekor harimau kumang di Ladang Sawit Tanah Rancangan Felda Perasu di sini semalam.
Kejadian kira-kira 8.30 pagi itu berlaku ketika Alip Abil, 33, bersama enam rakannya sedang meracun rumput sebelum mereka terdengar bunyi harimau mengaum.
Beliau yang secara tiba-tiba diterkam haiwan itu terpaksa bergelut selama 15 minit sebelum mendapat bantuan rakan-rakannya.
"Harimau itu menyerang dan mencakar bahagian dada, punggung, lengan kanan dan kepala sebelum saya menjerit meminta tolong.
"Rakan saya yang lain terus mencari kayu tajam dan menjoloknya ke dalam mulut harimau itu sehingga ia melepaskan saya," katanya ketika ditemui di rumah kongsinya di tanah rancangan itu selepas menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Alip berkata beliau bernasib baik kerana dilindungi tong racun di belakang badannya ketika harimau kumbang itu menerkam dari arah belakang.
Beliau menjelaskan bahagian lengan kanannya adalah yang paling teruk terkena cakaran harimau itu. Rakannya, Nuradi, 27, berkata sebaik beliau menjolok kayu tajam ke dalam mulut harimau itu, ia bertindak agresif dan cuba menyerangnya pula tetapi sempat mempertahankan diri dengan batang kayu berkenaan.
"Pada mulanya saya fikir babi hutan menyerang Alip sebelum menyedari harimau bintang dengan ketinggian paras paha sedang menyerang Alip," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Alip Abil
#harimau bintang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan