awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh maut dihempap dinding konkrit runtuh

Azee Shafy
Azee Shafy
27/09/2022
12:23 MYT
Buruh maut dihempap dinding konkrit runtuh
Lelaki Rohingya berusia 30-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - Gambar/ JBPM
KUANTAN: Seorang buruh binaan maut selepas tersepit apabila dinding konkrit longkang yang dalam pembinaan runtuh menghempapnya di Indera Mahkota 15, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.09 petang itu, lelaki Rohingya berusia 30-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dinding konkrit itu dipercayai runtuh secara tiba-tiba.
“Hasil siasatan awal, dua lagi buruh lelaki Rohingya turut mengalami kecederaan akibat dihempap batu-bata dinding terbabit.
“Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan dengan menggunakan jengkaut bagi mengalihkan binaan yang menghempapnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba Indera Mahkota dan Kuantan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Jelasnya, dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#buruh maut
#dinding runtuh
#hempap pekerja
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan