KOTA BHARU: Kewujudan populasi burung pungguk jelapang atau lebih dikenali burung hantu di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, merupakan projek rintis pertama di negeri itu sebagai kaedah kawalan biologi yang berkesan untuk menangani tikus perosak.
Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti USM Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata kajian yang dilakukan hampir di seluruh negara menunjukkan, tahap kecekapan yang sangat tinggi dalam penggunaan burung pungguk jelapang, sebagai kaedah kawalan tikus di ladang pertanian dan kawasan sub bandar.
"Selaras dengan hasil kajian ini, usaha kerjasama USAINS dan Barn Owl Research Center@USM di kampus kesihatan ini, akan berfungsi sebagai hub untuk pembangunan populasi burung pungguk.
"Program ini bertujuan memberi perkhidmatan kawalan tikus perosak di dalam kampus dan kawasan sawah, yang terletak berdekatan dengan kampus di sepanjang Sungai Kemasin, Bachok," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan USAINS Barn Owl Research Center@USM Kubang Kerian dan penukaran nama USAINS Healthcare, sempena 25 tahun dalam industri di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Awang Adek berkata projek ini juga dijangka akan menyokong amalan pertanian mesra alam, di samping membantu petani dalam meminimumkan kerugian tanaman disebabkan oleh aktiviti tikus, yang merosakkan hasil di ladang dan sawah padi.
"Secara khususnya penubuhan hub ini dapat memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan, iaitu tiada kemiskinan, kelaparan sifar, akses kepada pendidikan berkualiti, pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi, melestarikan penggunaan mampan ekosistem darat serta memenuhi tanggungjawab sosial korporat USAINS terhadap komuniti di Kubang Kerian.
"Pelaksanaan projek dengan prinsip-prinsip kelestarian alam, manfaat sosial dan pengurusan yang beretika pastinya akan memberi impak positif secara holistik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Datuk Seri Awang Adek Hussin sewaktu merasmikan USAINS Barn Owl Research Center@USM Kubang Kerian dan penukaran nama USAINS Healthcare. - Foto Facebook/Datuk Wa
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Burung pungguk jelapang hindari tikus perosak di ladang pertanian, sub bandar
Kajian yang dilakukan hampir di seluruh negara menunjukkan tahap kecekapan yang sangat tinggi dalam penggunaan burung pungguk jelapang.