awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAAM kurangkan tempoh perakuan sijil udara MAS kepada setahun - Anthony

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2024
09:03 MYT
CAAM kurangkan tempoh perakuan sijil udara MAS kepada setahun - Anthony
Menurut Loke, langkah itu dilakukan susulan syarikat penerbangan nasional itu berdepan isu signifikan menyumbang kepada beberapa insiden teknikal pesawat. - Bernama
PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengurangkan tempoh pembaharuan sijil perakuan pengendali udara (AOC) Malaysia Airlines daripada tiga tahun kepada setahun sahaja.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan, langkah itu dilakukan susulan syarikat penerbangan nasional itu berdepan isu signifikan menyumbang kepada beberapa insiden teknikal pesawatnya, termasuk terpaksa berpatah balik.
"Tempoh pembaharuan sijil perakuan pengendali udara atau air operator certificate akan dikurangkan daripada tiga tahun kepada satu tahun iaitu untuk yang akan datang ialah 1 September 2024 hingga 31 Ogos 2025," katanya.
Tambah beliau, Malaysia Airlines juga diarahkan mengemukakan laporan bulanan terhadap status pelaksanaan pelan mitigasi.
“Hal ini bagi memastikan Malaysia Airlines mengambil tindakan-tindakan penambahbaikan sewajarnya sebagai mana pelan mitigasi yang telah dikemukakan oleh CAAM,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Rabu.
Minggu lalu, Malaysia Aviation Group (MAG) selaku syarikat induk Malaysia Airlines, mengakui gangguan penerbangan pada minggu 19 Ogos lalu, membabitkan perkhidmatan Malaysia Airlines, Firefly, dan Amal.
Sementara itu, CAAM telah menjalankan siasatan mengejut ke atas Malaysia Airlines termasuk syarikat MAB Engineering Services (Mabes), yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan pesawat, pada 24 hingga 28 Jun 2024.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Malaysia Airlines
#Sijil Perakuan Pengendali Udara
#pelan mitigasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan