PAGOH: Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib' dalam soal permohonan kelulusan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, permohonan yang dibuat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sepatutnya berjalan lancar dan tiada halangan kerana dibuat selari dengan perlembagaan serta Akta Anti Lompat Parti.
Tambah Muhyiddin, beliau menyedari proses kelulusan pindaan perlembagaan parti akan membabitkan bidang kuasa tertentu di bawah kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kenapa saya cabar Anwar, kerana saya tahu ada bidang kuasa tertentu di bawah kerajaan, siapa itu kerajaan yang menentukannya?
"Kita juga tidak mahu ada halangan daripada pihak-pihak berkenaan seperti Speaker Dewan Rakyat, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk tidak membenarkan proses pindaan itu dijalankan. Itulah yang saya maksudkan (mengenai cabaran itu).
"Jadi, kita cabar sebab hendak tengok kalau Perdana Menteri bercakap itu dan ini, itu hak dia pasal dalam pemikiran saya proses kelulusan harus berjalan lancar tiada sekatan daripada dilaksanakan," katanya.
Ahli Parlimen Pagoh itu ditemui selepas Ziarah Kasih Sumbangan Ramadan di Pekan Pagoh di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Pengerusi Bersatu Johor yang juga ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menegaskan pindaan perlembagaan parti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung Khas Bersatu perlu diluluskan, walaupun apa cara sekali pun.
"Apa pun ia melibatkan soal kuasa kerajaan seperti RoS dan SPR. Disebabkan itu saya harap tiada halangan atas apa jua sekali pun, ia mesti dilaksanakan," katanya.
Pada Sabtu, Anwar dalam lawatan kerja ke Pulau Pinang berkata, Muhyiddin tidak layak mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytiharkan pengosongan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN kerana beliau sendiri dianggap sebagai 'pakar lompat'.
Katanya, keputusan sama ada pengosongan enam kerusi Parlimen dan satu DUN berkenaan sepatutnya dibuat individu yang mewakilinya semua kerusi berkenaan.
Pada 2 Mac lalu, Bersatu dilapor meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.
Pindaan perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar sebelum ini.
Ia membabitkan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang); Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Terbaharu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang,Datuk Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 10 2024
Muhyiddin berkata, permohonan yang dibuat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sepatutnya berjalan lancar dan tiada halangan kerana dibuat selari dengan perlembagaan serta Akta Anti Lompat Parti. - Foto Sinar Harian
Korea Selatan mahu tangani kadar kelahiran antara terendah dunia
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mahu mewujudkan kementerian baharu bagi menangani masalah kadar kelahiran rendah di negara berkenaan iaitu terendah di dunia sekali gus kini semakin menghampiri krisis demografi.
Ada ingatan dan pesanan buat semua jemaah haji Malaysia
Ketua Konsulat Malaysia di Jeddah, Roslan Shariff yang menyambut rombongan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia seramai 282 orang menasihatkan semua jemaah haji Malaysia supaya sentiasa bergerak secara berkumpulan demi keselamatan mereka selain mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Tabung Haji dari semasa ke semasa.
Selawat, sekuntum bunga sambut jemaah pertama haji Malaysia
Sekuntum bunga, cenderamata dan minuman ringan serta selawat menjadi pembuka tirai bagi menyambut ketibaan 282 jemaah haji Malaysia musim 1445H yang tiba di hotel penginapan di Emaar Royal, Madinah pada pagi Khamis, 9 Mei 2024.
PRK KKB: Pusingan terakhir kempen menjelang pengundian Sabtu ini
Wartawan Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menjelang hari pengundian Sabtu ini.
Pelaksanaan parkir berbayar beri tekanan kepada peniaga
Ini pula keluhan peniaga kedai makanan dan pengundi Kuala Kubu Baharu berhubung pelaksanaan parkir berbayar di sekitar Jalan Mat Kilau, Hulu Selangor.
Polis ekstrak cap jari suspek, tiada tangkapan baharu
Polis sedang menganalisa cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian simbah asid membabitkan insiden pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya, Faisal Halim di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya pada Ahad lalu.
Microsoft utamakan keselamatan siber, tempatkan lebih 10,000 pakar
Microsoft utamakan keselamatan siber, tempatkan lebih 10,000 pakar
Zahir sokongan, KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin
KUSKOP menawarkan pembiayaan pengajian dalam bidang koperasi sekurang-kurangnya kepada tiga pelajar Palestin.
Hujan bom makin ganas di Genting Gaza
Serangan udara terus diperhebatkan terutamanya di kawasan tengah dan timur Rafah ketika unit infantri bersama kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mula mara ke bandar paling selatan Gaza itu.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.