awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan bom makin ganas di Genting Gaza

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2024
11:48 MYT
Hujan bom makin ganas di Genting Gaza
Kira-kira 100,000 penduduk yang berlindung Rafah telah meninggalkan kawasan itu sejak Isnin lalu dan menuju ke bandar utara Deir el-Balah. - Gambar/ AP
Serangan udara terus diperhebatkan terutamanya di kawasan tengah dan timur Rafah ketika unit infantri bersama kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mula mara ke bandar paling selatan Gaza itu.
Kempen pengeboman yang diperluaskan ke bahagian tengah dan barat bandar Rafah memaksa hampir 400,000 penduduk Palestin menuju ke zon pemindahan yang ditetapkan rejim Zionis, lapor AFP.
Kumpulan itu dilaporkan terpaksa mengambil laluan berbeza untuk ke tengah Gaza akibat hujan peluru tanpa henti tersebut.
Seluruh kawasan termasuk Jalan Salah al-Din kini sangat berbahaya kerana terus dibedil tanpa mengira sasaran.
Kira-kira 100,000 penduduk yang berlindung Rafah telah meninggalkan kawasan itu sejak Isnin lalu dan menuju ke bandar utara Deir el-Balah.
Data terkini dikeluarkan Kementerian Kesihatan Gaza mendapati angka korban kezaliman rejim Zionis telah meningkat kepada 34,904 orang manakala 78,514 cedera. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#serangan Israel
#Rafah
#kecaman antarabangsa
#nasib penduduk gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan