Tragedi serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand tanggal 15 Mac lalu menyaksikan pelbagai komentar diutarakan masyarakat global.
Ia termasuk gesaan berkenaan penguatkuasaan dan penapisan kandungan media sosial susulan tindakan penyerang menyiarkan secara langsung tindakan ganasnya di media sosial.
Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan syarikat kajian pasaran dalam talian, Vase.ai dengan kerjasama Astro AWANI, 80 peratus atau 861 responden bersetuju supaya kerajaan mengenakan hukuman terhadap mereka yang menyebarkan kandungan yang tidak bersesuaian.
SEMUA ANDA PERLU TENTANG SERANGAN SOLAT JUMAAT CHRISTCHURCH
Bagaimanapun, 20 peratus bersamaan 219 responden daripada keseluruhan 1,080 mereka yang dikaji selidik, tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
Malah, daripada 80 peratus yang bersetuju supaya tindakan dikenakan, 79 peratus (676 responden) memilih supaya mereka yang mencipta atau mewujudkan kandungan tidak sesuai itu dikenakan tindakan.
Sementara, 39 peratus (339 responden) berpandangan mereka yang berkongsi kandungan tersebut turut dikenakan tindakan.
Pada masa sama, 35 peratus (302 responden) mahu syarikat media sosial yang membenarkan kandungan tidak sesuai tersebut disebarkan juga dikenakan hukuman.
Pandangan yang dikongsikan responden seiring hasrat Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern supaya warga dunia menyuarakan kegusaran mereka terhadap bahayanya media sosial.
“Sebagai contoh, kita tidak dapat menangani beberapa isu yang kita hadapi dengan media sosial di mana ia perlu ditangani secara kes demi kes.
“Ini (tragedi pembunuhan di Christchurch) bukan sekadar isu yang didepani New Zealand.
“Hakikatnya platform media sosial telah digunakan untuk menyebarkan keganasan dan bahan yang menyebabkan keganasan. Kita semua perlu bersatu dalam mengetengahkan perkara ini,” memetik kenyataannya di Parlimen pada 20 Mac lalu.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 28 2019
Majoriti bersetuju supaya kerajaan mengenakan hukuman terhadap mereka yang menyebarkan kandungan yang tidak bersesuaian. - Foto pixabay.com
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman
Pengganas yang menyerang jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand pada 2019 telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup.
Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter
Sebahagian daripada tetamu perkahwinan adalah individu yang terperangkap dalam serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019.
Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam
Umat Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019.
Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyertai ratusan penduduk yang berkumpul di Christchurch Arena
18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19
Menurut pihak berkuasa, seramai 235 nelayan dari Rusia dan Ukraine berada dalam peasawat yang disewa tiga syarikat perikanan.
Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah
Mereka yang memegang sepanduk berbentuk hati dan kata-kata semangat seperti 'kami sentiasa bersama anda' bersorak sambil melambaikan tangan di perkarangan mahkamah sebaik keputusan diumumkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.
Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Brenton Tarrant bakal menjalankan hukuman penjara seumur hidup, iaitu yang pertama kali dijatuhi di New Zealand.
Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan
Tarrant, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan keganasan.