awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAC Andalas akan dipindah jika tidak berfungsi dengan baik

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/07/2021
12:21 MYT
CAC Andalas akan dipindah jika tidak berfungsi dengan baik
Beberapa langkah sedang diambil bagi mengurangkan kegusaran dalam kalangan penduduk setempat di Andalas. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Dewan Taman Sri Andalas, Klang akan dipindahkan ke lokasi lain sekiranya ia tidak dapat berfungsi dengan baik.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata penilaian untuk pemindahan ke lokasi baharu akan dibuat dalam masa 14 hari.
Bagaimanapun katanya, setakat ini beberapa langkah sedang diambil bagi mengurangkan kegusaran dalam kalangan penduduk setempat.
"CAC Andalas baharu sahaja dibuka pada 12 Julai menggantikan CAC Botani, di mana CAC Andalas boleh memuatkan 1,000 pesakit.
"Namun, semalam 1,924 orang telah pergi ke CAC Andalas. Memang terdapat kegusaran dalam kalangan masyarakat yang berada di Andalas terhadap kehadiran pesakit-pesakit COVID-19 tersebut.
"Oleh itu, telah ada perbincangan dengan pegawai daerah dan PBT untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya dalam sidang media Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley, pada Selasa.
Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Mengulas lanjut, Dr Sha'ari berkata pihaknya turut menambah anggota sukarelawan lalu lintas di kawasan tersebut, selain menempatkan khemah dan kerusi untuk kemudahan pesakit.
Dalam perkembangan sama, Dr Sha'ari berkata CAC di Selangor akan dibuka setiap hari bagi menampung kesesakan pesakit COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKP
#PKPD
#pusat penilaian COVID-19
#CAC
#Taman Sri Andalas
#Klang
#Sha'ari Ngadiman
#Noor Hisham Abdullah
#Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan