awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet kini dikesan di lapan negara Eropah - WHO

Bernama
Bernama
21/05/2022
04:58 MYT
Cacar monyet kini dikesan di lapan negara Eropah - WHO
Jangkitan virus berkenaan jarang berlaku tetapi boleh berjangkit melalui kontak rapat antara orang perseorangan. - Gambar fail
GENEVA: Sekurang-kurangnya lapan negara iaitu Australia, Canada, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Portugal, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom telah melaporkan beberapa kes jangkitan cacar monyet setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jangkitan virus berkenaan jarang berlaku tetapi boleh berjangkit melalui kontak rapat antara orang perseorangan, lapor Xinhua.
"Kes baru-baru ini adalah tidak tipikal atas beberapa sebab," kata pengarah wilayah WHO untuk Eropah, Hans Kluge.
"Dalam keadaan ini, semua kes kecuali satu mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan Afrika Barat atau Afrika Tengah," katanya.
Kluge juga berkata kebanyakan kes baru-baru ini dikesan dalam kalangan mereka yang menawarkan perkhidmatan seks dan lelaki mengamalkan hubungan seks sejenis.
"Oleh kerana sifat virus itu merebak secara geografi di seluruh Eropah, penularan mungkin berterusan untuk tempoh tertentu," katanya.
Kluge berkata WHO sedang bekerjasama dengan negara-negara terbabit untuk menyiasat kes itu dengan lebih lanjut, mencari kemungkinan sumber jangkitan, cara virus merebak dan mengehadkan penularan selanjutnya.
"Kami turut menyediakan panduan dan sokongan mengenai pengawasan, ujian, pencegahan dan kawalan jangkitan, pengurusan klinikal, komunikasi risiko dan penglibatan komuniti, serta memudahkan perkongsian maklumat merentasi negara serta rangkaian kesihatan," kata Kluge.
Beliau berkata kebanyakan kes yang sedang disiasat di Eropah hanya menunjukkan simptom ringan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#monkeypox
#WHO
#eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan