awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia saman enam syarikat, tuntut lebih AS$200 juta susulan kerosakan alam sekitar di zon banjir
Paracetamol/Tylenol selamat digunakan semasa kehamilan - Pakar
Mengapa Trump mahu Greenland dan apakah kesannya terhadap NATO?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: Tahap pengawasan di KLIA dipertingkat

Bernama
Bernama
26/05/2022
08:39 MYT
Cacar monyet: Tahap pengawasan di KLIA dipertingkat
Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) telah diminta mengumpul sampel dan mengenal pasti penumpang yang menunjukkan simptom bagi mengawal penyakit itu. - Astro AWANI
BAGAN SERAI: Kerajaan akan meningkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan jangkitan cacar monyet tidak merebak ke Malaysia.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) telah diminta mengumpul sampel dan mengenal pasti penumpang yang menunjukkan simptom bagi mengawal penyakit itu.
"Saringan termasuk pemeriksaan suhu akan dilakukan di semua pintu masuk antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Pusat Transformasi Perikanan (FTC) My Komuniti Perikanan di Kampung Tepi Kolam Bukit Merah di sini hari ini.
Menurutnya setakat ini tiada kes cacar monyet dilaporkan di negara ini dan KKM tidak pernah melindungi sebarang maklumat berkaitan virus berkenaan daripada pengetahuan rakyat selain menasihatkan rakyat yang demam dan mempunyai ruam di mulut supaya mendapat rawatan.
Virus cacar monyet atau monkeypox telah menyerang beberapa negara termasuk Kanada, Sepanyol, Portugal, Sweden, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria manakala Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan lebih 100 kes positif virus itu dilaporkan di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#KLIA
#Noor Azmi Ghazali
#penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan