awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan bantuan wang tunai untuk penduduk Sabah terlibat PKPD

Petrus Bernard
Petrus Bernard
26/04/2021
20:36 MYT
Cadangan bantuan wang tunai untuk penduduk Sabah terlibat PKPD
Nizam berharap penduduk bertenang dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard supaya penularan wabak COVID-19 dapat dibendung. - Astro AWANI
TAWAU: Penduduk di 14 lokaliti yang masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) memohon kerajaan negeri memberikan bantuan sekali beri RM1,000.
Ini kerana, disebabkan PKPD, mereka tidak dapat keluar bekerja, sedangkan masih perlu menanggung komitmen hidup seperti biasa termasuk bayaran utiliti seperti, bil air, bil elektrik selain keperluan makanan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata cadangan yang diterima daripada penduduk terkesan itu akan dibawanya ke peringkat atasan untuk tindakan kerajaan negeri.
"Kita sedia maklum masalah yang dihadapi penduduk yang terkesan dan terputus punca pendapatan berikutan PKPD ini.
"Sebagai salah seorang pemimpin dalam kerajaan negeri Sabah, perkara ini akan saya bawa ke peringkat atasan untuk tindakan kerajaan negeri, agar mereka dapat dibantu," katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana daerah Tawau di Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, pihaknya juga sedia maklum situasi di daerah Tawau yang sebelum ini mencetuskan tunjuk perasaan oleh tujuh individu yang membantah pelaksanaan lanjutan PKPD di kampung Muhibbah Raya pada Sabtu lalu.
Beliau berharap penduduk bertenang dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.
"Saya harap penduduk bertenang dan mengamalkan pematuhan SOP agar penularan wabak ini dapat kita putuskan segera," katanya.
Sabtu lalu, tujuh individu ditahan polis kerana terlibat perhimpunan aman membantah lanjutan PKPD di Kampung Muhibbah Raya Tawau.
Mereka yang merupakan bukan penduduk kampung Muhibbah Raya Tawau, menyuarakan masalah yang dihadapi keluarga mereka yang tinggal di kampung berkenaan kerana tidak dapat keluar mencari rezeki bagi menampung keperluan hidup.
Topic Berkaitan
#Tawau
#kerajaan
#kesihatan
#rakyat
#menteri
#operasi
#COVID-19
#pandemik
#PKP
#PKPD
#petugas kesihatan
#Nizam Abu Bakar Titingan
#tunjuk perasaan
#Perhimpunan Aman
#Kampung Muhibbah Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan