SHAH ALAM: Cadangan Kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500 sebulan sebelum hujung tahun ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengusaha perniagaan di Selangor.
Bagi pemilik restoran Kamal’s Corner, Akbar Shah Mohamed Yunus, 45, berpendapat pelaksanaan gaji minimum RM1,500 itu berpatutan dengan kos sara hidup pekerjanya.
“Kediaman dan makanan telah disediakan jadi RM1,200 itu sudah cukup berbaloi.
Namun, kata Akbar Shah, 45 tanpa kemudahan makanan dan kediaman yang diberikan, ia pasti akan membebankan pekerja.
"Majikan seharusnya memikirkan kebajikan pekerja terutamanya soal kos sewa rumah yang akan menambah beban terhadap perbelanjaan mereka,” kata Akhbar Shah, yang ditemui ketika tinjauan Astro AWANI di restorannya yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7 di sini, baru-baru ini.
Roslinda Rasid, pengusaha dan pemilk restoran Kak Ruby, Nasi Campur di Seksyen 2, Shah Alam, turut menyambut baik saranan Kerajaan berkenaan.
"Memandangkan kos sara hidup yang tinggi ketika ini, saranan ini sememangnya dialu-alukan,” kata Roslinda.
“Pekerja ada tanggungan mereka, jadi sebagai majikan saya percaya RM1,500 itu berbaloi,” tambahnya.
Ekoran kesan buruk tragedi banjir pada Disember lalu dan pandemik COVID-19 dalam negara yang dipercayai telah memberi impak besar kepada ekonomi negara, ramai individu yang terjejas dan bertungkus-lumus untuk kembali membangunkan ekonomi keluarga dan perniagaan.
BACA: Gaji minimum ditentukan selepas bincang dengan pelbagai pihak - Saravanan
Mohd Fairuz Kunhahamu yang merupakan pemilik Pasar Mini Fatimah di Seksyen 7, di sini berkata, ketika ini, tiada kesesuaian untuk pelaksanaan Kerajaan itu.
“Ini akan menjejaskan pemulihan ekonomi susulan jangkaan berlakunya peningkatan kos barangan mahupun perkhidmatan, dan saya rasa negara juga belum mencapai kemampanan ekonomi.
Terdahulu, pekerja-pekerja dalam negara ini dijangka bakal menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun 2022.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dilaporkan berkata, walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Eton Khir
Wed Feb 16 2022

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dilaporkan berkata, walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri. - Foto Astro AWANI

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Cadangan gaji minimum RM 1,500: Berbaloi namun majikan perlu ada perikemanusiaan
Cadangan Kerajaan untuk melaksana gaji minimum RM1,500 sebulan sebelum hujung tahun ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengusaha perniagaan di Selangor.

Kenaikan gaji minimum: Nik Nazmi persoal tindakan MEF
Nik Nazmi mendakwa, Syed Hussain sering memberikan pelbagai alasan setiap kali cadangan kenaikan gaji kepada pekerja.