awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan Gong Kubur jadi tapak tetap sukan udara di Kelantan

Bernama
Bernama
26/07/2025
15:29 MYT
Cadangan Gong Kubur jadi tapak tetap sukan udara di Kelantan
Sambutan terhadap aktiviti sukan udara amat menggalakkan setiap tahun, terutama dengan penyertaan peserta dari luar negara yang turut merancakkan ekonomi setempat. - Facebook Damia Rizqi
PASIR PUTEH: Kerajaan Negeri Kelantan bakal menjadikan Karnival Sukan Udara Peringkat Antarabangsa yang berlangsung di Gong Kubur, di sini, sebagai produk pelancongan terbaharu negeri itu bermula tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Datuk Kamarudin Md Nor berkata karnival berkenaan dirancang untuk dianjurkan sekitar bulan Mac atau April tahun depan sebagai usaha memperkasa dan memperkayakan sektor pelancongan di negeri ini.
Menurut beliau, penganjuran pada skala antarabangsa itu akan menampilkan penyertaan dari negara seperti China, Vietnam, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Indonesia serta beberapa negara Eropah untuk mempamerkan kepakaran dalam mengendalikan pesawat kawalan jauh menggunakan teknologi terkini.
"Setelah empat tahun dianjurkan di peringkat kebangsaan, kini tiba masanya untuk kita bawa karnival ini ke tahap antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Antarabangsa Kelantan di Gong Kubur, hari ini.
Beliau berkata kawasan seluas 40.4 hektar yang digunakan untuk acara berkenaan merupakan tanah rizab pertanian yang dahulunya digunakan untuk penanaman padi.
Katanya sambutan terhadap aktiviti sukan udara itu amat menggalakkan setiap tahun, terutama dengan penyertaan peserta dari luar negara yang turut merancakkan ekonomi setempat.
"Justeru, kita mahu manfaatkan kawasan yang luas ini dan mahu ia menjadi tapak tetap bagi sukan udara. Selain itu, kita bercadang untuk menambah beberapa lagi aktiviti sukan lasak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#tarikan pelancongan
#karnival sukan udara
#gong kubur
#penyertaan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan