KUALA LUMPUR: Cadangan untuk membenarkan graduan asing institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu seperti sektor teknologi tinggi dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelajar asing banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan tahun ini sahaja pelajar dianggar berbelanja sebanyak RM7.3 bilion setahun.
"Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memang pun selama ini bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta pelbagai agensi lain untuk tambah bilangan pelajar dan pekerja mahir dalam bidang teknologi tinggi.
"Contohnya projek kolaborasi yang meningkatkan kemahiran graduan kita seperti program latihan bersama industri," katanya dalam hantaran video di laman X (dikenali sebagai Twitter sebelum ini) beliau, hari ini.
Tengku Zafrul berkata tenaga kerja mahir tersebut amat diperlukan sekarang.
"Pelabur tak boleh tunggu empat tahun lagi. Sebagai contoh contoh industri elektrik dan elektronik perlukan 50,000 jurutera. IPT kita setakat ni cuma keluarkan 5,000 graduan setahun. Jadi nak penuhi permintaan industri akan mengambil masa.
"Kalau pelabur nak graduan dalam kecerdasan buatan (AI) misalnya takkan kita nak sua (berikan) kepada mereka calon yang ada ijazah sains politik. Lagipun mereka (graduan asing) juga sudah faham budaya kerja kita, ini menjadikan mereka pilihan yang sesuai.
"Bukan semua bidang yang dibenarkan untuk graduan asing cuma bidang keutamaan yang tidak cukup bakat (tenaga kerja) tempatan sahaja yang akan dipertimbangkan," katanya.
Tengku Zafrul berkata langkah membenarkan graduan asing IPT tempatan bekerja sementara di negara ini juga akan membolehkan industri tempatan mendapat bekalan tenaga mahir yang diperlukan.
"IPT tempatan (dapat) diperkasa di arena antarabangsa dan graduan tempatan kita akan terus diberi peluang apabila mereka sudah bersedia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Tengku Zafrul berkata langkah membenarkan graduan asing bekerja akan membolehkan industri tempatan mendapat bekalan tenaga mahir yang diperlukan. - Gambar fail
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
SAMENTA gesa kerajaan benarkan graduan asing bekerja, atasi isu kekurangan tenaga
Ini memandangkan bilangan penuntut asing dalam pengajian kejuruteraan dan teknikal adalah kurang daripada 20,000 orang.
Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asingbekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.