Cadangan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 satu kilogram belum muktamad - Mohamad Sabu

Mohamad menjelaskan, sebarang cadangan pihak industri berhubung kenaikan harga barangan akan dinilai bagi kesejahteraan rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini sedang menjalankan penilaian impak terhadap pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah, susulan cadangan pihak industri untuk menaikkan harga beras putih tempatan (BPT) daripada RM2.60 kepada RM3.60 sekilogram.
Ringkasan AI
- Penilaian impak terhadap pengguna dan pesawah sedang dijalankan sebelum keputusan harga BPT dibuat. Mohamad Sabu: -Keputusan akan ambil kira kepentingan semua pihak.- Kerajaan perkenal insentif baharu termasuk RM50/ha bagi penuaian padi.
Menurut beliau lagi, KPKM akan mengemukakan cadangan hala tuju pembekalan beras putih kepada kerajaan dalam masa terdekat.
Cadangan itu merangkumi pelbagai aspek termasuk kos pengeluaran padi dan beras, semakan harga kawalan, trend pasaran, kerangka perundangan serta kesan kepada pengguna.
“Langkah ini sebahagian daripada usaha penyesuaian jangka panjang untuk memastikan keseimbangan industri padi dan beras kekal terjamin,” ujar Mohamad.
Dalam pada itu, kerajaan turut menumpukan kepada inisiatif jangka panjang yang mampan, termasuk pemberian subsidi dan pengenalan insentif baharu seperti Insentif Penuaian Padi sebanyak RM50 bagi setiap hektar setiap musim.
Selain itu, kadar Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) di bawah Program Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) turut disemak semula daripada RM100 kepada RM160 per hektar setiap musim, bagi membantu pesawah menampung kos pengeluaran yang semakin meningkat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami