awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan pemberian vaksin kepada Ahli Parlimen akan dipertimbang - Khairy

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/12/2020
03:45 MYT
Cadangan pemberian vaksin kepada Ahli Parlimen akan dipertimbang - Khairy
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bekalan vaksin terlebih dahulu kepada Ahli-Ahli Parlimen. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bekalan vaksin terlebih dahulu kepada Ahli-Ahli Parlimen.
Perkara itu dimaklumkan oleh menterinya, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng disifatkan satu saranan yang baik dalam memberikan keyakinan kepada masyarakat mengenai keselamatan vaksin COVID-19.
"Berkenaan dengan cadangan Ahli Parlimen Bagan, ia cadangan yang baik dan kita akan pertimbangkan dan umum nanti," katanya ringkas di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian dalam Sesi Pertanyaan-Pertanyan Menteri menjawab soalan tambahan Guan Eng.
Bekas Menteri Kewangan itu memohon penjelasan sama ada semua Ahli Parlimen akan diberikan dos vaksin sebagai langkah menunjukkan kepimpinan teladan kepada rakyat.
Sementara itu, Khairy dalam kemas kini di akaun Twitternya berkata individu yang meragui keberkesanan vaksin memang mengharapkan agar ahli politik diberikan vaksin terlebih dahulu.
"Sekiranya tidak ada masalah, mereka akan menerimanya.
"(Namun), bagi mereka yang yakin dengan vaksin, mereka mahu ahli politik menjadi yang terakhir menerima vaksin supaya ia boleh diberikan keutamaan kepada orang lain," katanya dalam entri tersebut.
For those who are hesitant, they want politicians to be vaccinated first. If there are no problems, they will take it. For those who are confident of the vaccines, they want politicians to get it last so that others are prioritised. /2
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 17, 2020
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#Lim Guan Eng
#Dewan Rakyat
#vaksin
#ahli Parlimen
#teladan kepada rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan