KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Bandar Pintar Negara (MBPN) hari ini meluluskan cadangan Penarafan Bandar Pintar Malaysia, yang julung kali diperkenal melalui PLANMalaysia, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019-2025.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan memaklumkan penarafan itu bertujuan mengiktiraf peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang telah melaksanakan inisiatif Bandar Pintar berpandukan indikator dalam Malaysia Standard (MS) ISO 37122:2019.
"Standard ini merupakan piawaian antarabangsa dan berdasarkan amalan terbaik yang telah disesuaikan dalam konteks Malaysia," katanya.
Menurut kenyataan itu, secara umumnya program Penarafan Bandar Pintar Malaysia terdiri daripada empat tahap iaitu Smart City Early Adopter, Developing Smart City, Leading Smart City dan Visionary Smart City.
Pada 2023, penarafan dimulakan dengan tahap permulaan bandar pintar iaitu Smart City Early Adopter secara sukarela khususnya kepada PBT yang telah bersedia dengan kriteria ditetapkan.
KPKT menyasarkan sekurang-kurangnya 61 PBT bertaraf Majlis Perbandaran ke atas mencapai status Smart City Early Adopter pada 2025.
"Senarai PBT yang berjaya mencapai taraf bandar pintar bagi Tahap 1 iaitu Smart City Early Adopter akan diumum oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada 9 Nov 2023 bersempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Tahun 2023 di Putrajaya," katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan mana-mana PBT yang memperoleh taraf bandar pintar akan diberi keutamaan mendapat peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif bandar pintar yang akan membantu PBT terlibat mencapai peningkatan hingga ke tahap tertinggi iaitu Visionary Smart City.
"Penarafan bandar pintar ini akan dilaksanakan secara tahunan untuk memberi peluang kepada semua PBT seluruh negara," menurut KPKT.
Mesyuarat MBPN telah dipengerusikan oleh Nga di Bangunan Parlimen pagi tadi.
MBPN merupakan platform bagi menetapkan dasar dan hala tuju strategik pembangunan bandar pintar di Malaysia selain menjadi medium perbincangan serta penyelesaian isu pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan pembangunannya di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

MBPN hari ini meluluskan cadangan Penarafan Bandar Pintar Malaysia, yang julung kali diperkenal melalui PLANMalaysia, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019-2025. - Foto Facebook KPKT

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.
Agenda AWANI: Kalau guru mahu pencen awal…
Kenapa guru bersara awal? Apa boleh buat untuk pastikan guru kekal dalam profesion ini lebih lama dan mengurangkan kadar persaraan awal? Diskusi 9 malam

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

249 guru Korea Selatan didapati jual soalan peperiksaan tanpa kebenaran
249 guru berkenaan menjual soalan peperiksaan antara 2018 hingga Jun 2023, memperoleh purata 85 juta won setiap seorang.

Remaja kedua hilang di Sungai Perak ditemukan lemas
Usaha mencari Muhammad Naufal Aiman diteruskan dengan membuat teknik olakan air menggunakan bot JBPM dan mangsa kemudiannya ditemukan.

Qatar lihat "suasana positif" untuk rundingan gencatan senjata Gaza fasa kedua
Rundingan itu masih belum bermula dan menyatakan harapan agar ia dapat dimulakan "dalam masa terdekat."

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.
AWANI Borneo [18/2/2025] – Petronas tidak terjejas| Pelaburan strategik terbaru Sabah| PRN Sabah
#AWANIBorneo bersama Syaff Shukri
- Kontrak sedia ada yang dimeterai Petronas dan anak syarikatnya tidak terjejas
- Loji penapisan, penyimpanan minyak bakal dibina di SOGIP
- Pengagihan Kerusi PRN17: Nanti kita buat keputusan - Hajiji
- Kontrak sedia ada yang dimeterai Petronas dan anak syarikatnya tidak terjejas
- Loji penapisan, penyimpanan minyak bakal dibina di SOGIP
- Pengagihan Kerusi PRN17: Nanti kita buat keputusan - Hajiji
31 maut, puluhan cedera akibat bas terjunam
10 individu, empat kanak-kanak antara yang dimasukkan ke hospital dengan beberapa daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Yoon Suk Yeol tidak hadir untuk perbicaraan pemecatannya yang ke-9
Seorang peguam yang mewakili Yoon berkata, ini kerana Presiden terlebih dahulu telah mengadakan pertemuan dengan pasukan peguamnya di Mahkamah dan mendapati tiada kepentingan untuk beliau hadir.

Cadangan Penarafan Bandar Pintar Malaysia diluluskan - KPKT
KPKT menyasarkan sekurang-kurangnya 61 PBT bertaraf Majlis Perbandaran ke atas mencapai status Smart City Early Adopter pada 2025.