KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan akan dibentangkan ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 12 Julai ini.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata cadangan pindaan itu dilakukan secara komprehensif dengan mengandungi sekurang-kurangnya lapan cadangan pindaan termasuk berkenaan soal anak yang dilahirkan oleh ibu warganegara di luar negara dengan pasangan bukan warganegara.
"Jika semuanya berjalan mengikut tertib dan (mendapat) perkenan Ke bawah Duli Raja-Raja, maka kita akan bentangkan perkara ini pada persidangan (Dewan Rakyat) hujung tahun ini.
Ini akan menjawab sebahagian besar isu-isu warganegara yang dibangkitkan," katanya pada sesi penggulungan perbahasan usul Laporan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Parlimen, di sini hari ini.
Katanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang mempersiapkan cadangan berkenaan dan sesi libat urus sudah berada di peringkat akhir dalam usaha menangani isu-isu berkaitan kewarganegaraan secara menyeluruh.
Sementara itu berkenaan isu pelarian di negara ini, Saifuddin berkata kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu pangkalan data sendiri bagi mengetahui maklumat lengkap seperti jumlah, keberadaan, umur, dan maklumat lengkap peribadi seseorang pelarian.
Katanya KDN akan diberikan tanggungjawab untuk melakukan proses kutipan data pelarian itu dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), manakala untuk pelarian di Sabah, Jabatan Ketua Menteri akan bertanggungjawab untuk berbuat demikian.
"Mengikut data UNHCR terdapat seramai 185,000 pelarian di negara kita ketika ini. Sebelum ini kita pernah ada inisiatif (mengutip data pelarian) yang dibuat melalui pihak swasta dengan kebenaran KDN, namun mereka hanya berupaya mengenal pasti seramai 30,000 orang sahaja dan itu tidak membayangkan keadaan sebenar," katanya.
Sehubungan itu, katanya beliau telah menemui Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian bagi membolehkan perkongsian data dibuat dan sebaik pertubuhan itu bersetuju dengan hasil perbincangan untuk berkongsi data nanti, KDN akan lakukan tapisan untuk menjaga keselamatan negara.
Katanya polisi kerajaan ketika ini adalah untuk memudahkan pelarian meneruskan hidup (sebelum dipindahkan ke negara ketiga), dengan memudahkan mereka mendapat pekerjaan, pendidikan dan kesihatan, tapi ia tidak boleh dimulakan tanpa kerajaan memiliki pangkalan data pelarian yang jelas.
Menyentuh soal kedudukan Malaysia bagi Laporan Aktiviti Pemerdagangan Manusia 2023, beliau berkata perkara itu akan diumumkan oleh Amerika Syarikat malam esok, dan pihaknya juga akan mengadakan pertemuan bersama wakil kedutaan Amerika untuk menerima laporan berkenaan.
Berhubung isu ketenteraman awam melibatkan 3R (agama, bangsa dan institusi Raja) pula, Saifuddin berkata isu itu boleh diredakan sekiranya medan politik tidak dijadikan pentas dalam membezakan akidah antara individu.
"Lebih baik kita kurangkan atau jauhkan politik sebegini, kita bertarung dari segi idea dan polisi yang kemudiannya kita biarkan kebijaksanaan rakyat untuk membuat pemilihan. Hal ini sebenarnya kita boleh hentikan bersama," katanya.
Terdahulu, Dewan Rakyat tertangguh kira-kira 15 minit semasa sesi penggulungan itu yang menyaksikan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang bertikam lidah mengenai isu 3R.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Saifuddin berkata cadangan pindaan itu dilakukan secara komprehensif dengan mengandungi sekurang-kurangnya lapan cadangan pindaan. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
KDN tumpu usaha selesai isu taraf kewarganegaraan pemastautin tetap
Saifuddin Nasution berkata terdapat kira-kira 30,000 orang dalam kategori itu namun hanya 10,000 daripada mereka memohon kewarganegaraan.
Pendengaran rayuan berhubung isu kewarganegaraan dijadual semula pada 10 Dis
Menurut peguam, tarikh itu dianjak ke bulan Disember susulan penjadualan semula pendengaran kes oleh Mahkamah Persekutuan.
RUU Warganegara: KDN sudah bentang kepada Majlis Raja-Raja, perlu perhalusi lagi
Saifuddin berkata, masih ada perkara yang perlu diperhalusi dengan Suhakam sebelum ia melalui bacaan buat kali kedua di Dewan Rakyat, Oktober ini.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Isu kewarganegaraan: Bincang semula cadangan pindaan Perlembagaan mudaratkan kanak-kanak - HAWA
Kerajaan digesa tidak lagi menangguhkan proses pindaan membolehkan kanak-kanak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik tanpa dihalang oleh status perkahwinan dengan rakyat bukan wargenegara.
Isu kewarganegaraan: Cadangan pindaan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja selepas PRN
Cadangan pindaan itu akan dipersembah dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini selesai.
NGO adakan perjumpaan bincang isu kewarganegaraan kanak-kanak terbiar - Nancy
Satu sesi perjumpaan membabitkan NGO bersama KDN berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan kanak-kanak terbiar akan diadakan dalam waktu terdekat.
Cadangan pindaan babit isu kewarganegaraan dibentang ke Majlis Raja-Raja Julai ini
Cadangan pindaan itu dilakukan secara komprehensif dengan mengandungi sekurang-kurangnya lapan cadangan pindaan.
KDN perhebat usaha memperjelas isu kewarganegaraan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperhebatkan lagi usaha menjelaskan isu-isu berkaitan kewarganegaraan.