TENOM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperhebatkan lagi usaha menjelaskan isu-isu berkaitan kewarganegaraan, termasuk melibatkan kepentingan mendaftar dokumen pengenalan diri dalam kalangan masyarakat, khususnya di Sabah.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah itu penting, bagi memastikan semua rakyat khususnya di kawasan pedalaman Sabah, memahami kaedah permohonan dokumen pengenalan diri dan mengetahui kelayakan taraf kewarganegaraan mengikut undang-undang.
Beliau berkata masih ada dalam kalangan masyarakat yang langsung tidak memahami kepentingan mendaftar perkahwinan sehingga menyebabkan kesukaran kepada anak-anak memperoleh taraf kewarganegaraan.
"Ini semua berlaku kerana masalah kefahaman tentang undang-undang yang ada dalam negara kita.
"Penjelasan ini harus diberikan kepada semua oleh pemimpin dalam negara supaya tidak timbul masalah politik di masa hadapan, apabila berlaku permintaan yang tidak dapat ditunaikan... tidak boleh disalahkan sesiapa," katanya kepada Bernama selepas menghadiri program bersama rakyat Kemabong di sini, hari ini.
Hamzah berkata adalah amat penting semua pemimpin termasuk ketua kampung, memahami tanggungjawab masing-masing dalam memberi kefahaman berhubung perkara itu, bagi memastikan masyarakat terlibat diberi taraf kewarganegaraan mengikut kesesuaian berdasarkan rekod pengenalan diri mereka.
Beliau menjelaskan ketika ini terdapat empat jenis dokumen pengenalan diri dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan semua masyarakat yang berada dalam Malaysia, mestilah mempunyai dokumen pengenalan diri sah mengikut undang-undang negara.
Hamzah turut mewar-warkan kepada orang ramai agar menyertai program Kita Demi Negara, sekali gus menjadi sahabat KDN dalam memupuk tanggungjawab bersama menjaga keamanan negara.
Pada majlis itu, Hamzah turut menyerahkan dokumen pendaftaran diri kepada empat kanak-kanak berumur 12 tahun, dan menyaksikan penyerahan dokumen permohonan kewarganegaraan daripada warga Kemabong kepada pegawai JPN.
Terdahulu, Hamzah turut mengadakan lawatan ke lokasi pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di Pagalungan, dekat Pensiangan.
Mengulas mengenai lawatan itu, Hamzah berkata kompleks tersebut dibina antara lain bertujuan membantu memudahkan urusan masyarakat di kawasan pedalaman berkenaan, melakukan pelbagai urusan termasuk membabitkan pendaftaran dokumen pengenalan diri.
"Kita menggunakan (balai) polis untuk mereka (penduduk) mendaftar memandangkan kita tiada lagi tempat pendaftaran. Kita menggunakan kaedah, sesiapa sahaja melahirkan anak boleh mendaftarkan (kelahiran) di balai polis.
"Kita naikkan taraf, bukan hanya mendapatkan laporan jenayah, tetapi juga merekodkan kelahiran dan kematian, untuk memastikan semua warga kita nanti mempunyai rekod didaftarkan di balai polis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Hamzah berkata masih ada dalam kalangan masyarakat yang langsung tidak memahami kepentingan mendaftar perkahwinan sehingga menyebabkan kesukaran kepada anak-anak memperoleh taraf kewarganegaraan. - Foto BERNAMA
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.