awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi pemangkin ekonomi wilayah Borneo - Hajiji

Bernama
Bernama
31/03/2024
06:54 MYT
Cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi pemangkin ekonomi wilayah Borneo - Hajiji
HAJIJI: Dari segi ekonomi, ia akan memudahkan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan industri di kawasan sempadan dan meningkatkan pelancongan di wilayah Borneo. -Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Cadangan projek Kereta Api Trans Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan di Indonesia bakal menjadi pemangkin ekonomi bagi wilayah Borneo, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata sebaik direalisasikan, projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi berkenaan akan memberi impak dalam meningkatkan kesalinghubungan rakyat dan pada masa sama meningkatkan ekonomi di wilayah itu.
"Dari segi ekonomi, ia akan memudahkan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan industri di kawasan sempadan dan meningkatkan pelancongan di wilayah Borneo," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kementeriannya telah menerima cadangan awal mengenai Projek Kereta Api Trans Borneo pada November tahun lepas.
Nanta berkata idea berhubung projek mega yang menghubungkan Sarawak dan Sabah serta menyambungkan ke Kalimantan, Indonesia datangnya dari Kementerian Pengangkutan dan kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kewangan khusus untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan laluan Kereta Api Trans Borneo melibatkan bahagian Sarawak-Sabah.
Kenyataan itu turut memaklumkan mengenai pengumuman oleh Brunergy Utama Sdn Bhd, sebuah syarikat berpangkalan di Brunei yang akan memulakan projek Kereta Api Trans Borneo, dicadangkan dilaksanakan dalam dua fasa melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer.
Fasa pertama akan menghubungkan bandar-bandar dari barat ke pantai Timur bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah manakala fasa dua pula melibatkan Kalimantan Utara dan Timur menghubungkan laluan utama dengan Samarinda dan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#projek Kereta Api Trans Borneo
#Sabah Sarawak Brunei dan Kalimantan
#pemangkin ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan