SEPANG: Kerajaan menerima segala cadangan yang dikemukakan termasuk daripada pakar berhubung hanya membenarkan mereka yang mempunyai lesen B penuh atau B Full untuk membeli motosikal berkuasa tinggi.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua cadangan itu perlu dilihat dengan lebih komprehensif dan menyeluruh sebelum sesuatu perubahan atau dasar dibuat.
"Apabila kita hendak laksanakan sesuatu (perkara), mesti melihat kepada keseluruhannya.
"Sama ada kita kena laksanakan itu adakah ia praktikal, boleh dilaksanakan (atau) adakah ia boleh memberikan kesusahan pada orang ramai.
"Itu yang paling penting. Kita tak nak buat sesuatu dasar kalau ia menyusahkan keadaan dan orang ramai," katanya ketika sidang akhbar Pelancaran Ganjaran Perjalanan Pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Khamis.
Sebelum ini, pakar keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua mencadangkan kepada kerajaan supaya menguatkuasakan peraturan baharu dengan hanya membenarkan mereka yang mempunyai lesen B penuh atau B Full untuk membeli motosikal berkuasa tinggi melebihi 250cc dan mendaftarkannya di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Katanya, langkah itu untuk mengelakkan insiden kemalangan melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang tidak mempunyai lesen penuh, berulang.
Teik Hua berkata, dengan cara itu dapat memastikan hanya mereka yang benar-benar terlatih dan mahir boleh menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Dalam pada itu, Anthony turut mengulas mengenai iklan di media sosial tentang boleh membeli kenderaan terutama motosikal walaupun tidak memiliki lesen.
"Ini dua perkara yang berlainan. Membeli motosikal dan memandu motosikal. Memandu motosikal anda perlu ada lesen. Membeli itu tak perlu.
"Kena faham bahawa sesuatu undang-undang itu mesti ada punca kuasanya. Di mana punca kuasa saya nak menghalang orang membeli motosikal atau membeli harta sendiri.
"Itu yang saya maksudkan apabila kita nak melaksanakan sesuatu ia perlu melihat kepada pelbagai aspek praktikal.
"Ada tak punca kuasa itu dalam undang-undang untuk Menteri Pengangkutan. Kalau tidak ada, bagaimana kita buat dan sebagainya," jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 13 2023
Anthony pada sidang akhbar selepas melancarkan penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak oleh Batik Air dan destinasi baharu ke Jepun di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat. -Bernama
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.