awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
300 permohonan lesen mendulang emas diterima sejak awal Januari
PM harap Malaysia-Turkiye saling jadi ‘hab serantau’ untuk Asia dan Eropah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan wujud akta baharu berkaitan jenayah seksual kanak-kanak

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
06/09/2016
11:12 MYT
Cadangan wujud akta baharu berkaitan jenayah seksual kanak-kanak
Tambahnya lagi, ini merupakan langkah penting dalam menangani isu ini dan beliau mahu akta ini meliputi semua aspek kes dan dibawa ke kabinet.
Cadangan bagi undang-undang baharu khusus berkaitan jenayah seksual kanak-kanak dijangka akan dibentang dalam dua minggu akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pasukan Petugas Mengenai Jenayah Seksual, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia berikutan senario yang semakin membimbangkan di mana kanak-kanak menjadi mangsa jenayah seksual di atas dan di luar talian.
Jelasnya, ia bakal dibentang selepas kajian yang terperinci dilakukan petugas khas, bersama agensi terbabit termasuk badan bukan kerajaan wanita dan kanak-kanak.
"Wujudnya situasi tidak banyak pensabitan yang berlaku kerana beban bukti yang dibawa oleh kanak-kanak kadang-kadang mempunyai pelbagai cabaran, terutamanya dari aspek keterangan bersama.
"Kita mendefinisikan kanak-kanak itu adalah di bawah 18 tahun, tetapi dalam kes di mana kanak-kanak yang berumur belum boleh bercakap, kes masih perlu diselesaikan dengan cepat.
"Oleh itu, kami bersetuju untuk membuat kajian tentang kewujudan undang-undang baru yang dapat melihat jenayah seksual secara khusus." kata Azalina selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Khas Jenayah Seksual di sini, pada Selasa.
Jelasnya, kes seperti ini sering dilihat sebagai kes jenayah biasa, maka tanggungan kes atau saksi yang tidak mencukupi menyebabkan siasatan kes mengambil masa yang lama
"Kanak-kanak ini mungkin sudah membesar dan berasa malu ataupun mereka lupa. Keterangan perlu diambil pada peringkat awal," kata Azalina.
Selain itu, pihaknya akan melihat dari segi pengkhususan dari pihak agensi kerajaan, seperti Polis DiRaja Malaysia yang mempunyai kepakaran.
"Kami sedang melihat pengkhususan di mana pegawai-pegawai ini adalah pakar dalam bidang ini, pakar dalam elemen jenayah seksual kanak-kanak.
Beliau turut mahu melihat perbicaraan dijalankan di mahkamah yang lebih khusus, yang mana hakim dan pendakwa adalah pakar dalam kes-kes jenayah seksual kanak-kanak.
Tambahnya lagi, ini merupakan langkah penting dalam menangani isu ini dan beliau mahu akta ini meliputi semua aspek kes dan dibawa ke kabinet.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan sebuah pasukan petugas khas bagi mempercepatkan usaha menambah baik perlindungan dan kebajikan kanak-kanak.
Mesyuarat yang berlangsung untuk pertama kali mendapat sambutan baik dari pelbagai pihak berkepentingan termasuk beberapa agensi dan NGO berkaitan kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#jenayah seksual
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan