KUALA LUMPUR: Harga atau caj perkhidmatan 5G pada masa hadapan dijangka jauh lebih rendah berbanding kos penggunaan 4G ketika ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Digital Nasional Berhad (DNB) akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi setiap Gigabit untuk 5G kepada syarikat telekomunikasi berbanding kos tambahan bagi setiap Gigabit 4G yang dihasilkan syarikat telekomunikasi.
"Tambahan lagi, DNB akan melaksanakan rangkaian 5G melalui rangkaian borong tunggal atau 'single wholesale network' (SWN) bagi tujuan ini.
"Kerajaan sedar isu serta cabaran telekomunikasi SWN di negara lain dan telah mengambil langkah untuk memastikan kesilapan yang sama tidak berlaku di Malaysia.
"Melalui model ini, setiap syarikat telekomunikasi dijangka akan membayar DNB antara RM3.5 bilion hingga RM4 bilion dalam tepoh 10 tahun akan datang atau kira-kira purata RM350 hingga RM400 juta setahun.
"Ini adalah jauh lebih rendah daripada jumlah RM1 bilion iaitu perbelanjaan modal untuk 4G yang dilaburkan oleh syarikat telekomunikasi setiap tahun," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang ingin tahu sama ada caj 5G akan lebih murah berbanding penggunaan 4G.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata syarikat telekomunikasi akan mendapat penjimatan lebih dari 50 peratus dan penjimatan tersebut dapat mengurangkan harga perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan atau pengguna.
Malah katanya, syarikat telekomunikasi juga masih boleh membayar lebih banyak dividen kepada pemegang saham mereka.
"Selain daripada kos yang lebih rendah dan tanpa modal perbelanjaan yang ketara, syarikat telekomunikasi juga akan dapat menyampaikan perkhidmatan 5G lebih awal berbanding dengan sekiranya mereka melancarkannya sendiri," ujarnya.
Justeru katanya, ia bakal membawa manfaat yang besar kepada rakyat, perniagaan dan kerajaan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Nov 25 2021

Setiap syarikat telekomunikasi dijangka akan membayar DNB antara RM3.5 bilion hingga RM4 bilion dalam tepoh 10 tahun akan datang atau kira-kira purata RM350 hingga RM400 juta setahun. - Foto BERNAMA

AS-China | Belon pengintip ditembak jatuh, lapangan terbang ditutup
Tiga lapangan terbang di utara dan Selatan Carolina, Amerika Syarikat ditutup kira-kira dua jam pada Sabtu. Langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada tentera Amerika Syarikat menembak jatuh belon milik China, disyaki digunakan untuk tujuan pengintipan.

Suara Rakyat | Struktur retak, pasar Karamunting perlu segera dipindah
Keretakan pasar Karamunting, tanah merah semakin hari semakin teruk. Jika dibiarkan, bimbang ada nyawa yang akan jadi korban. Sebelum nasi menjadi bubur suara rakyat menggesa agar lokasi pasar usang ini dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Had waktu main bunga api, hanya pada musim perayaan - Lee Lam Thye
Garis panduan yang dilaksanakan juga perlu seiring dengan pemerkasaan penguatkuasaan.

Online Scam | DPDM sambut baik kerjasama Malaysia Singapura tangani isu
Hala tuju kerjasama Malaysia Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian bakal menjadi pemangkin merancakkan lagi sektor perniagaan digital di negara ini. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu ini.

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global

Pantau Kerajaan Baharu | Kewajaran penjualan mercun dan bunga api
Tan Sri Lee Lam Thye

Thaipusam | Sambutan Thaipusam meriah
Bersama Raja Hisyam Raja Zaid di Batu Caves yang kini berada di Batu Caves melaporkan mengenai suasana sambutan perayaan Thaipusam.

'Iqbal dah 14 tahun berkhidmat, gajinya saya bayar' - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menjelaskan anaknya, Mohammed Iqbal telah berkhidmat sebagai pegawainya sejak 14 tahun lalu ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani.

PN bentuk J'kuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat jadi pembangkang berkesan - Muhyiddin
Ahli-Ahli Parlimen PN berpengalaman akan beri maklum balas beberapa isu berkaitan portfolio masing-masing.

Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia bakal diwujudkan - Fahmi
Kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

McCarthy sifatkan keengganan Biden runding siling hutang negara tidak bertanggungjawab
McCarthy memberi amaran bahawa kelewatan dalam rundingan akan meningkatkan risiko kewangan bagi negara itu.

Isu MP Sabah lompat parti: Speaker Dewan Rakyat terkhilaf, Bersatu rujuk ke mahkamah - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, Johari bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan parti, justeru terkhilaf dalam membuat tafsiran serta keputusan.

4 MP Sabah sudah hantar jawapan kepada Speaker - Hajiji
Ketua Menteri Sabah bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membuat keputusan mengenainya.

Status empat ahli Parlimen Sabah keluar Bersatu masih kekal, kedudukan diumum selepas 21 hari - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul hari ini berkata status empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar daripada Bersatu setakat ini kekal dan belum ada kekosongan kerusi mereka.

Bajet 2023 bentang 24 Februari, persidangan Dewan Rakyat 29 hari
Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Bajet 2023) dijadual dibentangkan pada jam 4 petang, 24 Februari depan.

Keluar parti: Bersatu hantar notis kekosongan luar jangka, pilihan raya perlu diatur
Pada 10 Disember, kepimpinan Bersatu Sabah yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan meninggalkan Bersatu.

PM dijangka bentang Bajet 2023, 24 Februari depan
Johari mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan, tiga minggu diperuntukkan bagi keseluruhan proses pembentangan Bajet 2023