NATIONAL
Caj pembetungan kini lebih rendah - SPAN

Menurut SPAN, walaupun kutipan hasil dijangka berkurang sebanyak 15 peratus, langkah ini diyakini mampu menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik.
KUALA LUMPUR: Kerajaan menurunkan kadar sumbangan sambungan ke sistem pembetungan awam yang dikenakan kepada pemaju, bagi meringankan kos pembangunan dan seterusnya mengurangkan harga rumah untuk rakyat.
Ringkasan AI
- Kerajaan menurunkan kadar sumbangan sambungan ke sistem pembetungan awam bagi meringankan kos pembangunan dan mengurangkan harga rumah, dengan perubahan berperingkat mengikut julat harga rumah.
- Kadar baharu memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, serta memperkenalkan kadar istimewa untuk rumah ibadat, bangunan kebajikan, komuniti, dan sekolah kerajaan.
- Walaupun kutipan hasil dijangka berkurang sebanyak 15 peratus, langkah ini diyakini mampu menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik.
Rumah berharga tidak melebihi RM80,000 dikenakan kadar tetap RM1,000 bagi setiap projek, manakala rumah berharga antara RM80,001 hingga RM150,000 dikenakan 0.25 peratus daripada harga jualan.
Bagi rumah berharga antara RM150,001 hingga RM300,000, kadar sumbangan ditetapkan pada 0.5 peratus, manakala rumah antara RM300,001 hingga RM500,000 pula dikenakan 0.75 peratus dan rumah melebihi RM500,000 kekal pada kadar asal 1 peratus.
Bagi projek kerajaan, kadar diselaraskan kepada RM900 bagi setiap penduduk setara, berbanding 1 peratus daripada kos kontrak sebelum ini, bagi memastikan perubahan kos tidak lagi mempengaruhi sumbangan yang dikenakan.
SPAN turut memperkenalkan kadar istimewa untuk bangunan tertentu seperti rumah ibadat, bangunan kebajikan dan komuniti, masing-masing pada kadar serendah RM100, serta RM1,000 bagi sekolah kerajaan dan sekolah khas.
“Walaupun kerajaan menjangka penurunan hasil kutipan sekitar 15 peratus, pelaksanaan kadar baharu ini diyakini mampu menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik,” menurut SPAN lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami