awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon lain ganti Tiong King Sing - Muhyiddin

Bernama
Bernama
11/03/2020
09:00 MYT
Calon lain ganti Tiong King Sing - Muhyiddin
Muhyiddin akan kemuka nama baharu kepada Yang di-Pertuan Agong. Gambar Astro AWANI.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau akan mencari calon lain untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara selepas Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, menolak jawatan berkenaan.
Menerima keputusan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu dengan hati terbuka, Muhyiddin berkata, beliau akan mengemukakan nama baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Ia adalah pilihan beliau (Tiong). Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan tetapi jika beliau fikir tidak sesuai untuk apa jua sebab, kami akan terima (keputusan) itu.
"Sudah tentu saya perlu mencari orang lain yang akan dicalonkan kepada Agong untuk mengisi jawatan tersebut," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama, di sini, pada Rabu.
Muhyiddin, bagaimanapun, berkata beliau akan bertemu dengan Tiong esok.
"Beliau (Tiong) menyatakan hasrat untuk terus berkhidmat kepada negara menerusi kapasiti lain," katanya.
Semalam, media melaporkan Tiong tidak hadir ke majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Melawati di sini.
Setiausaha Agung PDP, Datuk Nelson Balang Rining dilaporkan berkata, majlis tertinggi parti itu bersetuju bahawa Tiong perlu menolak jawatan itu kerana ia tidak sesuai untuk presiden parti dan ahli Parlimen lima penggal itu. -BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Bintulu
#Muhyiddin Yassin
#Nelson Balang Rining
#Perdana Menteri
#Presiden Parti Demokratik Progresif
#Tiong King Sing
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan