Calon-calon bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mesti menduduki semula kertas ujian yang bocor bagi tujuan menilai kemampuan sebenar mereka di peringkat sekolah rendah, kata seorang ahli
akademik.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata meskipun ada pihak mempertikaikan keperluan pelajar untuk menduduki semula kertas peperiksaan UPSR yang bocor, perkara itu tetap perlu diteruskan.
"Para murid mesti menduduki semula kertas peperiksaan yang bocor supaya kita boleh memilih mereka yang benar-benar layak dan cemerlang. Mereka yang cemerlang akan terpilih untuk menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh," katanya.
Semalam, kertas ujian Mathematics 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 yang berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran).
Mengenai pandangan segelintir pihak supaya semua kertas peperiksaan UPSR 2014 dijalankan semula, beliau berpendapat peperiksaan semula hanya perlu dijalankan bagi kertas yang bocor sahaja.
"Hanya perlu duduki semula kertas yang bocor sahaja, yang tidak terlibat (tidak bocor) tidak perlu," kata Junaidy, yang turut tidak bersetuju terhadap saranan sebilangan ibu bapa yang mencadangkan keputusan pelajar diambil kira daripada peperiksaan percubaan berikutan tekanan psikologi yang dihadapi murid.
Junaidy berpendapat ibu bapa perlu bersabar dan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak agar mereka boleh menduduki peperiksaan dengan tenang dan bersedia.
"Ibu bapa perlu bersabar dan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak selain turut memberikan kepercayaan dan kerjasama kepada kerajaan dalam mengendalikan kes ini.
"Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan terhadap pegawai yang cuai dan pihak polis pula sedang menjalankan siasatan dan sudah ada tangkapan dibuat," katanya.
Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 ditangguhkan akibat dakwaan kebocoran.
Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
Bernama
Mon Sep 22 2014
Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 ditangguhkan akibat dakwaan kebocoran.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrs Manuel Lpez Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.
KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk melihat pendekatan terbaik sebelum ia dilaksanakan.
Soalan Sejarah SPM didakwa bocor: Diam, tiada kenyataan rasmi tidak selesaikan masalah - PIBGN
Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, mendiamkan diri bukanlah langkah penyelesaian terbaik.
Dakwaan soalan SPM bocor: Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tidak perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.
SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
Laporan itu mendakwa, antara soalan bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.