Barisan Nasional (BN) perlu melihat secara menyeluruh dan sedia menerima kritikan jika mahu meletakkan calon muda, berbanding orang lama yang sudah mempunyai jawatan dan kepentingan tertentu di dalam parti, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, paling penting kini, gabungan itu perlu melihat calon yang akan dinamakan mempamerkan wajah dari parti yang mereka wakili.
"Jika calon muda tidak diberikan peluang, maka sukarlah untuk kita melihat kemampuan mereka, kewibawaan mereka. Bagaimanakah kita mahu memberikan pengiktirafan kepada keupayaan mereka sebagai seorang pemimpin jika tidak diuji?
"Sudah pasti akan ada yang merasakan, belum tiba masanya, tetapi bilakah masanya itu?
"Apakah kita masih mahu terikat dengan mentaliti konvensional bahawa pemimpin muda harus menunggu masa yang lebih lama atau kita sudah membuka ruang kepada kedudukan serta perubahan yang sedang berlaku?" soalnya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, beliau yakin pengundi dan masyarakat boleh menerima seorang muda sebagai calon sekiranya mereka menunjukkan kewibawaan dan perwatakan sebagai pemimpin.
"Bermakna, parti harus menyaring calon yang benar-benar berkelayakan dan bukannya tangkap muat. Barulah masyarakat boleh percaya dan yakin terhadap calon itu.
"Malah, parti harus bersedia menerima kritikan jika sekiranya mahu menolak calon-calon tertentu, kerana sudah pasti mereka yang mempunyai jawatan dalam parti atau mempunyai kepentingan tertentu merasakan mereka lebih layak daripada calon muda.
"Tetapi, kita perlu lihat secara menyeluruh kedudukan demografi, geografi yang sedang berubah untuk membolehkan calon muda diangkat," tambahnya.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyasarkan 40 peratus calon yang mewakili parti itu dan BN dalam PRU akan datang terdiri daripada pemimpin muda.
Beliau berkata, bagi merealisasikan perkara tersebut, Pemuda UMNO harus membuat persediaan awal bagi melahirkan pemimpin berkualiti dalam menggalas tanggungjawab berkenaan.
Sementara itu, Sivamurugan berkata, pengundi akan terus menyokong calon muda jika BN menggunakan strategi yang sesuai.
Jelasnya, ia tidak bermakna calon lama dipinggirkan, namun perlu dilihat dari aspek kesinambungan, keserasian serta peralihan yang tersusun, licin dan lancar dalam mengemudi BN agar kekal diterima masyakarakat.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda MIC R Thinalan menegaskan, parti itu sudah mula mengenal pasti calon-calon muda yang berwibawa dan disukai rakyat untuk PRU15 kelak.
"Calon muda yang akan kita letakkan pada PRU akan datang kena berwibawa, ada kemahiran dan disukai rakyat.
"Sebab itu, kita pastikan di tempat-tempat yang akan kita tandingi itu, presiden sudah meneliti senarai calon dan meminta calon-calon tersebut untuk buat kerja lebih awal lagi.
"Inilah satu matlamat parti kita, iaitu pergi berkenalan dengan rakyat lebih awal dan pada masa sama, kita kena buat kerja dengan tepat," katanya.
"Kita beritahu semua calon muda kita, pergi ke sana dan kenali rakyat, bantu mereka. Kalau kita boleh buat, kita bantu mereka untuk mendekati hati rakyat," tambahnya.
Setiausaha Pemuda BN Md Fadzmel Md Fadzil pula melihat kepada keperluan UMNO dan BN sendiri untuk menampilkan muka baharu bagi memastikan parti terus relevan.
Bagaimanapun, ujarnya, gandingan lama tidak harus dilupakan untuk mendekati hati rakyat secara menyeluruh.
"UMNO dan BN perlu menampilkan muka baharu bagi memastikan parti ini terus relevan dan kembali mendapat sokongan anak muda," katanya.
Tegasnya, perkara ini sangat penting kerana anak muda ketika ini melihat perubahan yang akan dilakukan oleh BN.
Oleh itu, penting supaya wakil-wakil daripada anak muda diangkat menjadi sebahagian pembuat polisi dalam memastikan usaha membina negara terus diperkasa.
"Namun, gandingan yang lama dan baru amat penting dalam memastikan UMNO dan BN terus dapat mendekati hati rakyat secara menyeluruh.
"Penting juga ia disusuli dengan pemilihan calon-calon, tidak kira muda atau yang lebih dewasa, yang mempunyai personaliti berwibawa, berpotensi dan disukai rakyat," kata Md Fadzmel.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 27 2020
Sivamurugan berkata, paling penting kini, gabungan itu perlu melihat calon yang diletakkan nanti mempamer wajah dari parti yang mereka wakili. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.
Suara ahli politik 'berbisa' boleh gugat perpaduan jika bertindak melulu - Penganalisis
Profesor Datuk Sivamurugan Pandian berpendapat, pemimpin politik menjadi watak utama dalam memastikan negara kekal aman kerana suara mereka cukup berpengaruh.
Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri
Polis merakam individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Sindiket pemerdagangan manusia: Polis rakam keterangan ahli politik, suami
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya sudah merakam keterangan seorang ahli politik dan suaminya yang didakwa berkait dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.