Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa parti pimpinannya sudah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Senarai calon yang dikemukakan setiap Pas negeri sudahpun diluluskan Majlis Syura Ulama tiga minggu lepas untuk dipertandingkan di 130 kerusi Parlimen.
Mereka yang terpilih merupakan individu yang disaring berdasarkan beberapa kriteria utama yang digariskan dan dipersetujui oleh pimpinan Pas, memenuhi kehendak bukan sahaja parti itu tetapi juga apa yang diperlukan dan dikehendaki pengundi.
“Kita membariskan dari semua segmen – profesional, orang muda, pertengahan, orang tua, kita gabungkan sekali.
“Yang pentingnya mereka ini merupakan orang yang mempunyai peribadi dan integriti yang tinggi, dan mereka juga merupakan orang yang akan diterima oleh semua segmen pengundi,” kata Naib Presidennya, Idris Ahmad.
Gabungan latar belakang profesional dan berpegang teguh kepada ajaran agama masih menjadi tunjang pemilihan calon Pas, dan huraiannya termasuk memiliki kesetiaan terhadap parti, akhlak terpuji, wajib memiliki fikrah dasar parti yang jelas, tidak bersimpang jalur pemikiran, serta tidak melakukan dosa besar.
Jelas Idris, dosa besar yang dimaksudkan adalah minum arak, perjudian, berzina dan salah laku jijik lain yang umum diketahui termasuk rasuah dan salah guna kuasa.
“Makan benda haram, makan harta anak yatim, terlibat dalam kes-kes kewangan dan sebagainya, itu sudah pasti dianggap sebagai jenayah dan dosa besar,” ujarnya.
Namun bagaimana untuk mengetahui seseorang calon itu benar-benar bersih daripada melakukan dosa besar?
Terang Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, ia berdasarkan rekod jenayah yang boleh diperoleh daripada pihak berkuasa, selain daripada makluman orang ramai tentang sebarang kegiatan sumbang yang pernah dilakukan individu atau wakil rakyat itu.
“Tetapi kalau dia ada buat di belakang dan tidak diketahui (pimpinan Pas), kita berpegang kepada kaedah ‘nahnu nahkum bi zawahir, wallahu yatawalla as-sarair’ (kita hanya berhukum dengan yang zahir, dan Allah yang meliputi segala yang terlindung). Yang kita tak boleh nak baca itu terpulang kepada Allah SWT.
“Tetapi selalunya orang yang bertindak begitu dia tidak boleh sembunyi lama,” jelasnya.
Bagaimanapun maklum Idris, sekiranya ada calon terpilih yang dilaporkan terlibat dengan perbuatan yang diklasifikasikan sebagai dosa besar itu, ia akan disiasat pimpinan parti dan akan digugurkan sekiranya benar-benar didapati bersalah.
Israr Khalid
Thu Feb 08 2018
Pas hukum yang luar (terlihat) sahaja, yang tersembunyi itu terpulang kepada Allah SWT. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.
MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.