awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan

Bernama
Bernama
06/05/2024
22:15 MYT
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Loga Bala Mohan berucap pada Program Santai Bersama Calon PH Kuala Kubu Baharu anjuran Parti MyPPP Hulu Selangor sempena Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Baharu. - Gambar BERNAMA
HULU SELANGOR: Masyarakat India dinasihatkan supaya memilih calon yang mampu memberikan kesejahteraan kepada mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), 11 Mei ini.
Pemangku Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, komuniti itu juga harus berfikir jauh dan tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Santai Bersama Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao, di sini, malam Isnin.
Berbaki empat hari lagi kempen sebelum hari pengundian, Loga berharap komuniti itu dapat membuat pertimbangan yang matang serta keputusan yang bijak demi masa depan mereka.
PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. - BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#masyarakat India
#calon
#loga bala mohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan