awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan 'kerajaan zina'

Bernama
Bernama
29/11/2022
10:15 MYT
Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan 'kerajaan zina'
Azman Nasrudin berkata keterangan itu dibuat di Balai Polis Kulim Hi-Tech, pada 12 tengah malam tadi. - Foto BERNAMA
KULIM: Calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 Datuk Azman Nasrudin memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis, berhubung kenyataannya yang mendakwa kerajaan dibentuk ketika ini adalah 'kerajaan zina'.
Azman berkata keterangan itu dibuat di Balai Polis Kulim Hi-Tech, di sini pada 12 tengah malam tadi.
"... saya (mengaku) agak kasar sikit malam itu sebab kerajaan baru tertubuh. (Tetapi) saya merujuk kepada resolusi yang UMNO sendiri buat dan langgarnya resolusi yang mereka sendiri buat, menyebabkan ahli-ahli UMNO di bawah ini kecewa.
"Ini berkenaan dengan prinsip, soal kerajaan campuran, kerajaan perpaduan dan sebagainya, itu cerita lain. Kami di PN juga akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui berkempen di Kampung Nesa di sini hari ini.
Ahad lalu, media melaporkan Azman mengeluarkan kenyataan bahawa berlaku isyarat jelas penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), susulan kerajaan perpaduan yang disifatkannya sebagai 'kerajaan zina'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon PN Padang Serai
#Azman Nasrudin
#kenyataan kerajaan zina
#keterangan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan