ALOR SETAR:Berbaki kurang seminggu, namun segala kelengkapan dan buku rujukan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula hangus terbakar.
Demikian nasib Hazimah Abdul Halim, 17, yang bakal menduduki peperiksaan penting itu minggu hadapan apabila rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Pegawai, Sungai Korok, di sini.
Semangatnya kini luntur selepas melihat semua barangan sekolah termasuk buku musnah.
Pelajar Sekolah Menengah Seberang Perak itu kini bergantung sepenuhnya kepada telefon pintar untuk mengulang kaji pelajaran selain berkongsi maklumat dalam sistem WhatsApp.
"Tak sempat hendak ambil apa, buku dan semua peralatan untuk peperiksaan SPM habis terbakar.
"Sekarang memang rasa sedih sangat dan menumpang di rumah orang," katanya.
Dalam kejadian jam 3.40 petang Ahad lalu, 10 rumah di Kampung Pegawai, Sungai Korok, musnah dalam kebakaran menyebabkan 42 penghuni rumah berkenaan tinggal sehelai sepinggang.
Kesemua penghuni rumah berkenaan kini menumpang sementara di rumah jiran dan ahli keluarga kerana tiada tempat tinggal.
Sementara itu mangsa kebakaran, Norain Yosli, 34, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan api menyambar rumahnya dengan cepat mengakibatkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.
Jelasnya, suami serta empat anaknya kini menumpang sementara di rumah kakak ipar.
"Kerosakan rumah kalau ikut barangan boleh dianggarkan bernilai RM30,000.
"Saya tidak bekerja dan dapat bantuan kerajaan. Suami kerja ambil upah mesin rumput dan menyara empat orang anak.
"Sekarang menumpang di rumah kakak ipar, kalau boleh hendak minta rumah kerana itu yang paling penting," ujarnya.
Dia turut berharap kerajaan negeri membantu untuk mereka mendapat tempat tinggal.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor mencadangkan kesemua 10 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pegawai ditempatkan di Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Alor Setar di Persiaran Hijau Kuning.
Jelasnya, perbincangan akan dilakukan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pejabat Daerah untuk membantu mangsa mendapatkan rumah terbabit dalam tempoh terdekat.
"Kita ada beberapa pilihan antaranya flat Kampung Kilat atau PPR Kampung Kilat Gemilang.
"Ia dibina selepas berlaku kebakaran juga, kalau masih ada kekosongan mungkin boleh dipertimbang. Ini kena dirujuk bahagian perumahan SUK kalau ada kekosongan.
"Kalau tidak ada kosong, kita tidak ada pilihan, selepas ni baru boleh saya rujuk," katanya.
Jelasnya buat sementara, kesemua mereka akan ditempatkan sementara di Dewan Kedah India Association (KIA) tidak jauh dari lokasi kebakaran.
Dalam pada itu, Muhamad Sanusi turut menyampaikan sumbangan wang tunai dari kerajaan negeri RM1,000 kepada setiap 10 wakil keluarga yang terbabit dalam kebakaran untuk kegunaan mereka.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Feb 17 2021
Kesemua penghuni rumah berkenaan kini menumpang sementara di rumah jiran dan ahli keluarga kerana tiada tempat tinggal. - Astro AWANI
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM - Fadhlina
Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan.
Banjir: Ada hikmah teruskan SPM, pelajar tinggal di asrama lebih fokus - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan calon SPM yang terjejas banjir ke asrama yang dilihat sebagai langkah tepat.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Banjir: Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik - Fadhlina
Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Banjir: Tiada calon SPM bawah KPM terkandas - KP Pendidikan
Tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) terkandas untuk menduduki ujian lisan bahasa Melayu yang bermula hari ini akibat banjir.
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.
Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan cadangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.
SPM diteruskan hari ini, ribuan calon terjejas banjir
Ujian bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung selama empat hari sehingga Khamis.