awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cameron Highlands selamat untuk dikunjungi - Pengusaha homestay

Marlina Manaf
Marlina Manaf
06/11/2014
04:49 MYT
Cameron Highlands selamat untuk dikunjungi - Pengusaha homestay
Cameron Highlands selamat untuk dikunjungi - Pengusaha homestay
Pengusaha homestay di Tanah Rata dan Brinchang memohon mereka yang bercadang melawat kawasan itu supaya tidak membatalkan tempahan susulan insiden banjir lumpur di Lembah Bertam.
Salah seorang pengusaha homestay, Nazri Ahmad menjelaskan banjir lumpur yang berlaku langsung tidak melibatkan kawasan pelancongan di Tanah Rata dan Brinchang.
Sebaliknya, kawasan tumpuan pelancongan di daerah itu masih selamat untuk dikunjungi.
Jarak antara kawasan pelancongan dengan Lembah Bertam juga adalah sekitar 10 ke 18 kilometer.
"Sejak tersebar berita mengenai banjir lumpur di Cameron Highlands, hampir 50 peratus tempahan homestay dibatalkan pelanggan,
"Hakikatnya banjir lumpur yang berlaku adalah di kawasan pertanian dan penempatan, yang jauh dari kawasan tumpuan pelancong," kata Nazri.
Sehubungan itu beliau meminta media memberi penjelasan berkenaan perkara terbabit.
Menurut Nazri beliau bimbang sekiranya salah sangka orang ramai berkenaan perkara tersebut tidak diperjelaskan, pihak pengusaha homestay bakal berdepan kerugian seperti selepas insiden sama Oktober tahun lepas.
"Tahun lepas beberapa pengusaha terpaksa gulung tikar, selepas bilangan pengunjung ke Cameron Highlands berkurangan kerana persepsi ia tidak selamat dikunjungi," ujar Nazri.
Beliau juga berharap nasib sama tidak menimpa pengusaha lain kali ini.
Pada petang Rabu kejadian banjir lumpur itu turut mengakibatkan lebih 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.
Topic Berkaitan
#banjir
#bertam
#Cameron
#homestay
#lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan