Kerajaan perlu mencari pelbagai inisiatif untuk membanteras kegiatan militan selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tanpa ISA, adalah sukar bagi pihak penguatkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan berkenaan.
"Kita terpaksa hidup dengan keadaan dan undang-undang sekarang, apa yang tinggal ialah kita perlu memperbaiki anggota risikan kita dan pertingkatkan lagi tahap kebolehan mereka selain menambah baik jaringan kerjasama dengan pihak risikan luar negara," katanya.
Wan Junaidi berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah sama ada terdapat keperluan mewujudkan semula ISA di Dewan Negara di sini.
Jelasnya, pemansuhan ISA memberi kesan kepada pihak penguatkuasa dalam membanteras kegiatan militan di negara ini.
Semasa menjawab soalan tambahan Senator Noriah Mahat, Wan Junaidi mengaku tanpa ISA, adalah sukar bagi pihak penguatkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan berkenaan.
Katanya, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma, individu hanya boleh ditahan selama 28 hari dan perlu dituduh di mahkamah selepas tempoh itu.
"Dan kalau disabit kesalahan di mahkamah, barulah mereka (individu terbabit militan) ini dipenjarakan. Tetapi dalam gerakan (militan) ini bukan mudah untuk mendakwa bukti yang nyata yang boleh diterima oleh pihak mahkamah," katanya.
Noriah ingin tahu apakah punca kewujudan kumpulan militan di negara ini dan apakah pendekatan holistik kerajaan dengan kerjasama negara lain bagi menangani ancaman militan.
Wan Junaidi memberikan contoh kes 12 rakyat Malaysia yang ditahan berkaitan kegiatan militan dan dituduh di mahkamah, namun lapan orang yang dibebaskan kerana tidak cukup bukti manakala empat lagi masih dalam perbicaraan di mahkamah.
Katanya, antara faktor yang mendorong kewujudan kegiatan militan adalah untuk membantu rakan-rakan mempertahankan satu perjuangan yang kononnya berlandaskan Islam, keinginan mati syahid dan melihat kegiatan militan sebagai cara yang cepat dan mudah untuk dimasukkan ke syurga.
Kepada soalan asal Noriah, Wan Junaidi berkata pihak berkuasa menahan sebanyak 108 individu pelbagai warganegara yang terlibat dengan kegiatan militan sejak tahun 2010 hingga kini.
Beliau berkata beberapa usaha dilakukan kementerian melalui pihak polis, termasuk menyiasat aktiviti kumpulan yang mencurigakan dan memantau individu yang pernah terlibat dengan kumpulan militan.
Selain itu, katanya kementerian turut mengadakan beberapa siri program pemulihan kepada orang tahanan dan anggota keluarga mereka serta mengadakan kerjasama rapat dan bertukar maklumat risikan dengan agensi keselamatan negara luar, terutamanya negara Asean.
Kerajaan pada 2011 menunaikan janji untuk melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam aspek perundangan negara, antaranya membatalkan tiga Proklamasi Darurat yang membawa kepada pemansuhan Ordinan Darurat, ISA 1971, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 serta meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis.
Susulan itu, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) diwartakan pada Jun 2012 bagi mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan setelah pemansuhan ISA dilakukan, antaranya melibatkan penahanan tanpa bicara di bawah undang-undang lama.
Turut diperkenalkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan menjamin hak bersuara rakyat mengikut saluran sesuai di samping memastikan ketenteraman awam tidak terjejas bagi melindungi hak dan kebebasan orang lain.
Astro Awani
Tue Jul 01 2014
Cari inisiatif lain banteras militan selepas pemansuhan ISA - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.