awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/02/2025
07:20 MYT
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Perdana Menteri hadir sempena Rumah Terbuka Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), hari ini.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.

Ringkasan AI
  • Kerajaan menetapkan kadar caruman KWSP untuk pekerja asing pada dua peratus, berbanding cadangan asal 12 peratus.
  • Keputusan ini dibuat untuk tidak membebankan majikan dan akan dikekalkan sehingga situasi ekonomi lebih baik.
  • Kerajaan bercadang untuk mewajibkan semua pekerja bukan warga negara mencarum KWSP secara berfasa, sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar tersebut tidak akan membebankan majikan dan akan dikekalkan sehingga situasi lebih baik.
"Kami telah menetapkan kadar pada dua peratus, yang mana ia agak signifikan.
"Cadangan asal adalah 12 peratus, tetapi Kabinet telah mempertimbangkan cadangan daripada dewan perniagaan. Jadi, buat masa ini, kami akan kekalkan pada dua peratus.
"Seperti yang anda tahu, ini melibatkan ratusan juta atau bahkan berbilion keuntungan, dan selepas itu (kita akan pertimbangkan) meningkatkan kepada empat peratus. Tetapi buat masa ini, kita kekalkan pada dua peratus," kata Perdana Menteri ketika berucap sempena Rumah Terbuka Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), hari ini.
[TERKINI] Caruman KWSP pekerja asing hanya dua peratus - PM
Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited untuk memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa.
Beliau berkata, kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warga negara untuk mencarum KWSP dan cadangan itu akan dilaksanakan secara berfasa.
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#Anwar Ibrahim
#KWSP pekerja asing
#terkini
#caruman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan