KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) mendakwa produk-produk tertentu oleh Top Glove Corp Bhd telah dihasilkan menerusi penggunaan buruh paksa atau terikat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, jabatan itu mendakwa produk sarung tangan pakai buang tertentu telah dihasilkan atau dibuat oleh pembuat sarung tangan getah dengan menggunakan buruh paksa, dan diimport, atau akan, diimport ke AS.
"Penemuan ini terpakai bagi mana-mana barang dagangan yang dijelaskan dalam Seksyen II kenyataan ini, yang diimport pada atau selepas 29 Mac, 2021.
"Ia juga terpakai bagi barang dagangan yang telah diimport dan yang tidak dilepaskan daripada tahanan CBP sebelum 29 Mac, 2021," menurutnya.
Menurut CBP AS, memetik Seksyen 307 Akta Tarif 1930, barang, barang-barang jualan, artikel, dan barang dagangan yang dilombong, dihasilkan, atau dibuat sepenuh atau sebahagiannya di mana-mana negara asing oleh pekerja bersalah dan/atau buruh paksa di bawah sekatan penal tidak berhak untuk memasuki mana-mana pelabuhan AS, dan pengimportannya adalah dilarang.
Sementara itu, ketika dihubungi pada Isnin, pihak Top Glove enggan mengulas berhubung perkara itu.
15 Julai, 2020, dilaporkan CBP AS telah mengeluarkan perintah tahan pelepasan ke atas sarung tangan pakai buang yang didakwa dibuat oleh buruh paksa di Malaysia oleh Top Glove.
Pada tahun lepas, Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai berkata pihaknya berusaha menyelesaikan masalah itu.
Top Glove juga telah melantik pihak perunding untuk mengesahkan rancangan tindakan pembetulan yang dilaksanakannya bagi mengeluarkan kewujudan petunjuk buruh paksa daripada amalannya dan setakat Januari, perunding tersebut tidak menemui buruh paksa sistemik dalam Top Glove.
Pada penutupan dagangan Bursa Malaysia pada Isnin, saham Top Glove merosot 10 sen kepada RM5.05.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 29 2021
15 Julai, 2020, dilaporkan CBP AS telah mengeluarkan perintah tahan pelepasan ke atas sarung tangan pakai buang yang didakwa dibuat oleh buruh paksa di Malaysia oleh Top Glove. - Gambar fail/ Bernama
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Dyson tamatkan hubungan dengan pembekalnya di Malaysia atas dakwaan buruh paksa
Penamatan kerjasama itu merupakan tamparan buat Malaysia yang sebelum ini beberapa syarikatnya disiasat berhubung dakwaan eksploitasi warga asing.
CBP Amerika Syarikat sekali lagi rampas penghantaran Top Glove bernilai RM2.85 juta
Pegawai CBP merampas penghantaran itu berikutan maklumat menunjukkan bahawa sarung tangan tersebut telah dibuat oleh buruh paksa.
Top Glove perjelas tiada isu baharu berkaitan buruh paksa ditemukan
Menurut Top Glove, pihaknya akan terus memberi kerjasama secara aktif kepada CBP AS untuk menangani dan memperbetul sepenuhnya isu yang dikenal pasti itu dengan serta-merta atau segera.
Top Glove akan dapatkan penjelasan berhubung rampasan sarung tangan di pelabuhan AS
Peguam Top Glove Corp Bhd di Amerika Syarikat (AS) dalam proses perbincangan dengan wakil Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS.
CBP AS dakwa produk sarung tangan tertentu Top Glove dihasilkan buruh paksa
Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) mendakwa produk-produk tertentu oleh Top Glove Corp Bhd telah dihasilkan menerusi penggunaan buruh paksa atau terikat.
Saham Sime Darby Plantation susut 2.13 peratus berikutan sekatan oleh AS
Sehingga 9.56 pagi, Sime Darby Plantation susut 11 sen kepada RM5.06, dengan 70,400 saham diniagakan.