awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cekap Najib Razak ni, sila lantik dia jadi pengerusi persatuan pengguna - Netizen

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/01/2019
03:26 MYT
Cekap Najib Razak ni, sila lantik dia jadi pengerusi persatuan pengguna - Netizen
Ada yang berseloroh mengatakan Najib juga boleh dilantik menjadi Pegawai Penguatkuasa Kementerian untuk memastikan pemantauan harga barangan lebih berkesan.
Tindakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun sendiri melihat kenaikan harga barang di sebalik kejatuhan harga minyak, adalah sesuatu yang bijak dan perlu dicontohi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata demikian sebagai respons kepada catatan Twitter terbaharu Ahli Parlimen Pekan itu yang meninjau harga barangan di Pasar Dato’ Keramat, awal pagi ini.
“Terima kasih atas makluman ini. Akan lanjutkan ke penguatkuasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur @mykpdnhep untuk siasatan lanjut.
“Terus menjadi pengguna bijak dan laporkan kepada kami,” kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat itu.
Tkasih atas makluman ini. Akan lanjutkan ke penguatkuasa WP Kuala Lumpur @mykpdnhep untuk siasatan lanjut. Terus menjadi pengguna bijak dan laporkan kepada kami. https://t.co/XUggDww1Z4
— Saifuddin Nasution (@saifnasution) January 6, 2019
Terdahulu, Najib berkata beliau mengambil contoh harga telur yang dikatakan turun dua sen oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub bulan lepas.
“Harga telur di Pasar Dato’ Keramat pagi ini. Menteri kata turun tapi penjual kata naik! Saya buat tinjauan tadi,” kata bekas Presiden UMNO itu.
Harga telur di Pasar Dtk Keramat pagi ini. Menteri kata turun tapi penjual kata naik! Saya buat tinjauan tadi. pic.twitter.com/9ClTNGn9Al
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 6, 2019
Catatan Saifuddin itu turut menarik perhatian beberapa pengguna Twitter, sehingga ada yang mengeluarkan cadangan agar Najib dilantik menjadi pengerusi kepada mana-mana persatuan pengguna.
Malah, ada yang berseloroh mengatakan Najib juga boleh dilantik menjadi Pegawai Penguatkuasa Kementerian untuk memastikan pemantauan harga barangan lebih berkesan.
Sy sarankan @NajibRazak dillantik jadi pengerusi mana2 persatuan pengguna Malaysia. Beliau boleh jadi pemantau harga barang yg cekap dan berkesan.
— Fivexal (@fivexal_) January 6, 2019
Lantik dia sebagai pegawai pemantau harga di kpdnhep
— ladangtebuwithlove (@ladangtebuwith1) January 6, 2019
Topic Berkaitan
#harga minyak
#Kuala Lumpur
#menteri
#Najib Razak
#Parlimen
#Parti Keadilan Rakyat
#Perdana Menteri
#rakyat
#Saifuddin Nasution
#Salahuddin Ayub
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan