awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cemas! 248 penduduk Rumah Panjang Bantan, Betong diancam hakisan tanah

Lynch Cowan
Lynch Cowan
20/03/2020
07:37 MYT
Cemas! 248 penduduk Rumah Panjang Bantan, Betong diancam hakisan tanah
Keadaan hakisan tanah yang berlaku hanya beberapa meter dari Rumah Panjang Bantan - Foto: JBPM Sarawak
Seramai 248 penduduk Rumah Panjang Bantan, Sungai Langit, di Ulu Layar, Betong berdepan detik cemas awal pagi Jumaat selepas berlaku hakisan tanah yang hampir memusnahkan rumah panjang 37 pintu itu.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Menurut Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Betong, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 4 pagi tadi daripada Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah, Dr Richard Rapu.
"Sekumpulan anggota bomba kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan dan mendapatkan maklumat kejadian.
"Setiba sahaja di lokasi pihaknya mendapati berlaku runtuhan tanah sepanjang 26 meter dan sedalam 40 meter di hadapan rumah panjang berkenaan," katanya.
Tambah jurucakap itu lagi, hakisan tanah itu berpunca daripada hujan yang berterusan dan keadaan tersebut amat berbahaya kepada penduduk.
Justeru mereka dinasihati segera berpindah ke rumah panjang berhampiran jika berlaku sebarang pergerakan tanah.
Pihak Jabatan Kerja Raya Bahagian Betong telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#Betong
#bomba
#hakisan tanah
#kemalangan
#Rumah panjang
#Rumah Panjang Bantan
#Sarawak
#Sungai Langit Ulu Layar
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan