INI bukanlah kali pertama Loudness menjejakkan kaki mereka di Malaysia. Band yang mencetuskan
revolusi ‘rock timur’ ini pernah beberapa kali mengadakan persembahan di Kuala Lumpur, pada tahun
2011 di KL Live, diikuti dengan tahun 2017 di festival Sound Valley di MAEPS, Serdang dan terakhir
pada tahun 2019 di The Bee, Publika.

Loudness sekali lagi bakal melakar sebuah lagi sejarah peribadinya di Malaysia apabila pihak

penganjur, Rockstage Entertainment ‘mengikat’ mereka untuk kali ke 4. Berpaksikan ‘Loudness World
Tour 2024 - Greatest Ever Heavy Metal
’ bakal di berlangsung pada 14 September di Zepp Kuala
Lumpur.

Memasukki edisi Rockstage VIII, konsert ‘Loudness World Tour 2024 – Greatest Ever Heavy Metal’ ini
pastinya sesuatu yang cukup mengujakan selain bakal memberikan beberapa kejutan daripada
Loudness itu sendiri apatah lagi ia cukup bermakna buat ‘edisi Rockstage’yang bermula sejak tahun
2017.

"Sebelum ini, harga tiket yang kami tawarkan bermula RM280, namun setelah mengambil kira
pelbagai faktor maka kami tawarkan dengan harga RM260. Ini akan memberikan para peminat akses
yang lebih besar apabila menghadiri acara ini,"ujar Talib Othman selaku Pengarah Rockstage
Entertainment.

"Bagi mereka yang mencari pengalaman yang tidak dapat dilupakan, peluang berjumpa dengan
kumpulan Loudness (Meet & Greet) telah disediakan oleh pihak penganjur pada harga RM350,
membolehkan peminat bertemu kumpulan itu dan mengabadikan kenangan bersama Loudness di
Kuala Lumpur tahun ini.

"Selain daripada itu, para hadirin akan menerima beg tote percuma dan 'bandana key' sebagai barang-
barang kenangan yang boleh dibawa pulang oleh mereka yang menghadiri konsert ini jikalau mereka membeli pakej Meet & Greet," ujarnya lagi.

Rockstage Entertainment juga menegaskan bahawa adalah penting untuk memahami bahawa harga
tiket tidak termasuk yuran pemprosesan.

Katanya, disebabkan kapasiti tempat Zepp Kuala Lumpur yang terhad kepada 2,200 orang, peminat digesa untuk tidak menangguhkan pembelian tiket mereka.

Selain itu, Rockstage Entertainment menawarkan pilihan pembayaran yang fleksibel melalui Atome, membolehkan peminat membayar secara ansuran.

Loudness yang dibarisi Akira Takasaki (gitar), Minoru Niihara (penyanyi), Masayoshi Yamashita (bass) dan Masayuki Suzuki (dram) ini bukanlah asing bagi peminat muzik heavy metal tempatan apatah lagi mereka boleh diklasifikasikan sebagai ikon rock yang cukup berpengaruh sehingga mampu mengubah fesyen anak-anak muda satu ketika dahulu.

Loudness berjaya memikat ramai peminat dengan barisan lagu popular antaranya So Lonely, Heavy Chains, Lost Without Your Love, Crazy Night, Soldier of Fortune dan Let It Go.

Untuk rekod Loudness ditubuhkan pada 1981 oleh Takasaki dan bekas pemain dram, Munetaka Higuchi. Bagaimanapun, Higuchi meninggal dunia pada 30 November 2008 akibat kanser dan digantikan oleh Suzuki.

Legenda rock Jepun yang mula menempa nama menerusi Konsert Jelajah Amerika Utara dan Eropah pada 1983 ini adalah kumpulan rock Jepun pertama di bawah label antarabangsa, Atlantic Records.

Kehebatan mereka tidak perlu dipertikaikan apabila sering berjaya menembusi carta Billboard Amerika Syarikat (AS) serta turut mencipta sejarah dengan menjadi artis Jepun pertama menggamatkan arena berprestij antarabangsa, Madison Square Garden di New York, Amerika Syarikat.

Tiket untuk persembahan anjuran Rockstage Entertainment ini bermula pada harga RM260 - CAT 1 (Rock Zone), RM350 - CAT 2 (Tempat Duduk Premium), RM320 – CAT 3 (Tempat Duduk Biasa) dan RM550 – Petak RSE (VIP) boleh didapati www.myticketempire.com

Tidak hanya itu, peminat yang ingin merasai pengalaman eksklusif bersama Loudness boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam sesi Meet and Greet. Hanya 60 orang beruntung akan dapat berinteraksi dengan band ini selama 10 minit, mendapatkan tandatangan, dan bergambar bersama.

Jadi, pastikan anda mengunci tarikh ini dan jangan lepaskan peluang untuk merasai kehebatan Loudness di atas pentas.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berhubung pembelian tiket, Sokongan Tiket Empire boleh dihubungi melalui WhatsApp (https://wasap.my/60142053370).