BAGI peminat rock era 80-an, kumpulan rock dari Jepun ini pastinya bukan nama yang asing.
Irama lagunya sering menjadi siulan selain reka bentuk mentari memancar menjadi fesyen ikutan mat-mat rock ketika itu.
Pernah berkongsi pentas dalam konsert bersama kumpulan Search suatu ketika dahulu, kehebatan kumpulan Loudness dianggap setanding kugiran besar lain dari Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.
Bagi peminat yang terlepas peluang, Loudness bakal kembali menggegarkan Malaysia bulan depan.
Kuartet itu yang kini dalam siri jelajah bagi mempromosi album terbaharu mereka berjudul “Rise to Glory” bakal bertemu peminat pada 10 November.
Konsert Loudness - Rise to Glory Tour: Malaysia 2019 ini bakal menghidangkan persembahan bertenaga dengan lagu-lagu hit sepanjang zaman dari album-album seperti “Thunder in the East”,“Lightning Strike”, “Hurricane Eyes”dan “Spiritual Canoe.”
Imbau kembali kenangan zaman rock 80-an melalui lagu hit mereka seperti So Lonely (Ares Lament), Heavy Chains, Lost Without Your Love, Crazy Night, Soldier of Fortune dan Let It Go pada konsert ini nanti.
Loudness dianggotai oleh Akira Takasaki (gitar), Minoru Niihara (vokal), Masayoshi Yamashita (gitar/bass) dan Masayuki Suzuki (dram).
Legenda gergasi metal Jepun yang mula menempa nama menerusi Jelajah Amerika Utara dan Eropah pada 1983 ini merupakan band Jepun pertama di bawah label antarabangsa, Atlantic Records.
Loudness telah berulang kali berjaya menembusi carta Billboard Amerika dan turut mencipta sejarah apabila menjadi artis Jepun pertama menggamatkan arena berprestij antarabangsa, Madison Square Garden.
Konsert Loudness - Rise to Glory Tour: Malaysia 2019 ini dibawakan oleh Live Nation selaku ejen rasmi konsert, The Bee selaku penganjur lokasi, Lampuneon selaku promoter konsert dan Galactix selaku penjual tiket rasmi.
Bagi semua peminat Loudness, pastikan janji temu anda pada 10 November ini, jam 7 malam di The Bee, Publika, Kuala Lumpur.
Tiket bermula pada harga RM178 (early bird) boleh didapati di www.galactix.asia/loudnessKL mulai sekarang.
Soffian Zainuddin
Fri Oct 04 2019
Loudness bakal menggegarkan Malaysia sekali lagi dengan kehadiran mereka bersempena Loudness - Rise to Glory Tour: Malaysia 2019 pada 10 November 2019.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Loudness bakal gegar pentas Malaysia dalam konsert jelajah Rise to Glory
Jelajah Rise to Glory ini adalah bagi mempromosikan album terbaru Loudness yang berjudul -Rise to Glory-.
Gitaris Jepun dan pertunjukan udara antara keistimewaan Konsert Search 35 Tahun
Konsert Search 35 Tahun yang bakal berlangsung pada tarikh baru iaitu 30 Ogos depan menjanjikan persembahan hebat khas buat para peminat mereka.