KUALA LUMPUR: Selagi mana parti politik menguasai atau 'mencengkam' sesebuah organisasi media, maka keyakinan khalayak terhadap institusi tersebut akan terjejas.
Pandangan itu disuarakan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang menyifatkan keyakinan adalah segala-galanya buat media.
Menurut beliau, organisasi media itu juga akan dihukum oleh pembaca atau penonton jika mereka tidak lagi mempercayai pemberitaan yang disampaikan.
"Ini bukan era dahulu, zaman telah berubah, dinamisme masyarakat telah berubah dan situasi politik juga telah berubah.
"Jadi, hakikatnya bahawa mana-mana saluran media yang dianggap sebagai tidak diyakini, maka platform itu akan dihukum.
"Kalau dulu kita tidak ada pilihan lain, sekarang ini kita ada sosial media, yang 'realtime' tentunya tidak akan dapat disaingi oleh media tradisional.
"Tetapi pada waktu yang sama platform tradisional ini masih memainkan peranan yang penting sebab pemberitaanya adalah teruji, melalui proses penyuntingan dan bukan laporan 'mee segera' atau pantas yang tidak diteliti," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Rabu.
Beliau mengulas Laporan Berita Digital Institut Reuters 2022 dan University Oxford mengenai tahap kepercayaan terhadap media di negara ini.
Melalui laporan tersebut, Astro AWANI Network Sdn Bhd berjaya mengekalkan reputasi sebagai jenama berita paling dipercayai diikuti The Star, Malaysiakini, Sinar Harian, dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Selain itu, laporan tersebut turut mendedahkan portal berita dalam talian dan media sosial terus menjadi sumber berita utama di negara ini.
Bagaimanapun, media cetak mencatatkan trend penurunan, daripada 45 peratus pada tahun 2017 kepada 17 peratus untuk tahun 2022.
Mengulas lanjut, Johan yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan bekas Pengerusi Media Prima Berhad berkata, kebebasan media di negara ini dianggap berakhir selepas akhbar Utusan Melayu diambil alih oleh UMNO sekitar tahun 1960-an.
Bertitik tolak dari itu, beliau berkata, setiap penerbitan turut dimiliki oleh badan-badan politik.
Bagaimanapun, katanya, ketika ini audiens mempunyai pilihan dalam mendapatkan akses kepada media yang lebih bebas dan terbuka terhadap menyampaikan pemberitaan.
"Saya fikir dalam konteks Astro ia sepenuhnya beroperasi secara komersial dan begitu juga dengan Sinar Harian.
"Sebab itu batas keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap dua platform ini sangat tinggi. Mereka percaya bahawa ini adalah institusi atau badan yang sebenarnya tidak dipengaruhi oleh mana-mana badan politik, begitu juga portal seperti MalaysiaKini dan sebagainya, kepercayaan rakyat itu lebih tinggi," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Johan mengakui, media sosial mempunyai peranan yang tersendiri dan perlu hidup bersama dengan platform tradisional.
Empat formula perlu dimiliki organisasi media
Sementara itu, Perunding Media, Dr G Manimaran berpendapat, organisasi media di negara ini perlu memiliki empat formula iaitu berita yang berwibawa, dipercayai, diyakini, serta boleh memenuhi keperluan rakyat.
Menurut beliau, formula itu amat penting bagi memastikan kelangsungan sesebuah organisasi, tidak kira ia dimiliki oleh badan korporat, persendirian ataupun parti politik.
"Pada hari ini kita kena lihat keseimbangan antara kehendak audiens karena mereka adalah nyawa dan nadi kita.
"Dalam mana-mana pasaran sama ada pasaran makanan dan media sebagai (syarikat) perkhidmatan, mereka juga kena sediakan produk mereka tanpa sebarang campur tangan atau bebas unsur-unsur politik," katanya.
Manimaran menambah, sesebuah organisasi media juga perlu menyeimbangkan antara tujuan beroperasi dengan memenuhi keperluan masyarakat.
"Masyarakat nak berita, macam mana kita beli makanan yang sedap, yang tidak basi dan sebagainya.
"Begitu juga dengan berita yang disediakan itu boleh dipercayai, yakin dan memenuhi kehendak mereka. Kalau tidak, mereka tidak akan buka televisyen, tak beli surat khabar atau (baca) secara dalam talian," ujarnya lagi.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 15 2022
Johan Jaaffar (kiri) dan G Manimaran sependapat bahawa sesebuah organisasi media itu harus bebas daripada 'cengkaman' parti politik. - Gambar Astro AWANI
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
'Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar
Organisasi media itu akan dihukum oleh pembaca atau penonton jika mereka tidak lagi mempercayai pemberitaan yang disampaikan.
Peranan media tidak perlu berubah, terus sampaikan maklumat benar - Editor Jakarta Post
Laporan Reuters Institute dan University of Oxford, membuktikan media yang bersifat bebas masih mendapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat.