awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO ZPP mengaku tidak bersalah ambil rasuah jam jenama Cerutti

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2017
03:32 MYT
CEO ZPP mengaku tidak bersalah ambil rasuah jam jenama Cerutti
Mahkamah membenarkan Azman (tengah) diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - fotoBERNAMA
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Azman Abdul Samat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen George Town di sini hari ini atas pertuduhan rasuah, Februari lalu.
Azman, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri di hadapan Hakim Norsalha Hamid.
Mengikut pertuduhan, Azman menerima untuk diri sendiri suatu benda berharga iaitu seutas jam tangan jenama Cerutti bernilai RM1,280 dengan tiada balasan daripada pemilik Syarikat Safa Murni Enterprise, Zaiyusni Ibrahim di Pusat Latihan Zakat di daerah Barat Daya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh yang juga Pengurus Besar ZPP diwakili peguam N. Rajivan dan Mohamed Reza Ibrahim.
Pada 19 Julai lepas, di Mahkamah Majistret Butterworth, Azman turut didakwa atas kesalahan rasuah dan berdepan tiga pertuduhan menerima tiga utas jam berjenama.
Topic Berkaitan
#Azman Abdul Samat
#CEO
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Mahkamah Sesyen
#Malaysia
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan