ANAK kelahiran Surabaya tetapi dibesarkan di Los Angeles, Michael Hari, 22 tahun, merupakan seorang pengaturcara perisian yang cukup bertenaga. Apabila dia bersuara, bilik bergetar dengan semangat; bahasanya kaya bagaikan pendeta dan sarat dengan istilah teknologi.
Bagi Michael, "gereja adalah sebuah kampus" dan "…keyakinan itu bukan bermakna tiadanya keraguan tetapi adanya kepercayaan." Tidak ada hanya satu jalan untuk masuk ke Lembah Silikon dengan gaji permulaan lebih AS$100,000 dan menikmati kemudahan yang pelbagai.
Ijazah dan "kenal siapa" tidak begitu penting sementara golongan hispter, seperti yang kita tahu, menolak hierarki.
Sebaliknya, kata Michael: "Kita mesti jadi bagus dalam apa yang kita buat (dan) ada rasa ingin tahu untuk menyelesaikan masalah. Kemampuan kita akan jadi bukti."
Dia tidak menamatkan ijazahnya sebaliknya Michael memilih untuk masuk "boot camp" koding secara intensif selama tiga bulan yang dijalankan di ruang-ruang sewaan — salah satu daripada sekian banyak program seumpamanya yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi di Lembah Silikon.
Sudah tentu kursus koding ini agak bercanggah dengan institusi pendidikan tradisional di wilayah ini, Stanford University yang mempunyai dana yang begitu banyak (sehingga AS$22 bilion dalam bentuk yayasan) serta rekod akademik yang cemerlang.
Kewujudan Stanford selama ini pastinya tidak berubah bagi beberapa generasi penggerak industri teknologi di Bay Area daripada Hewlett-Packard sampailah kepada Oracle, Apple, Facebook dan Snapchat.
Apatah lagi, kejayaan akan membuahkan kejayaan yang seterusnya.
Setiap usahawan mahu jadi seperti Mark Zuckerberg manakala semua pemodal teroka berharap akan bertemu dengan "unicorn" yang seterusnya. (Editor: Unicorn ialah syarikat pemula atau start-up yang bernilai lebih AS$1 bilion.)
Ini seterusnya telah mengukuhkan penguasaan Amerika dalam industri teknologi global.
Pada hari ini, tujuh daripada sepuluh syarikat teknologi terbesar dunia adalah milik Amerika. Tetapi penguasaan ini sudah tentu akan mencetuskan rasa cemburu dan masalah-masalah lain apabila syarikat-syarikat seperti Google berdepan dengan cabaran-cabaran kawal selia dan percukaian di Kesatuan Eropah dan malah di Indonesia.
Atas alasan itu: adakah gelembung teknologi ini boleh bertahan?
Kejayaan dalam sekelip mata sesetengah syarikat teknologi ini telah membuatkan banyak syarikat pemula menumpukan tenaga untuk menangani "masalah dunia pertama" seperti penambahbaikan yang berterusan ke atas aplikasi mudah alih ketika mana banyak lagi yang mungkin boleh dan harus dilakukan dalam bidang kesihatan dan pendidikan.
Lebih buruk lagi, kejayaan segera ini menyebabkan syarikat-syarikat teknologi ini merasa "berhak", membenihkan satu budaya angkuh dan tidak peduli.
Malah sebenarnya, banyak yang tidak menaruh minat kepada pemilihan presiden ini.
Dalam dunia yang serba pantas sekarang, adalah mudah untuk syarikat-syarikat teknologi ini lupa diri.
Michael sendiri agak malu dengan ketaksuban kepada hak istimewa ini: "Kalau dicabut daripada sumber asalnya, anda akan mula bertanya kepada diri sendiri, anda perlu berusaha keras untuk kekal di landasan."
Bagaimanapun, kepantasan perubahan teknologi — realiti pilihan, kecerdasan buatan dan robot — mungkin telah mula mencabar beberapa perkara asas.
Misalnya, apa akan jadi apabila robot dan aplikasi boleh menggantikan manusia? Apakah kita semua akan jadi lewah? Apakah nanti tujuan hidup ini?
Apakah kita akan diberikan kupon daripada kerajaan hanya untuk terus wujud? Sudah tentu, pada akhirnya ia bergantung kepada bagaimana seseorang menggunakan teknologi.
Selama beberapa dekad, teknologi telah membuktikan kemampuannya untuk melakukan lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
Tetapi peralihan daripada satu era teknologi kepada era yang lain boleh jadi sulit dan membingungkan. Lihat bagaimana kereta tanpa pemandu milik Uber boleh mengancam seluruh industri kereta. Pekerjaan dalam industri perkhidmatan juga sedang berdepan ancaman.
Siapa lagi yang perlukan pekerja untuk bertugas di pusat khidmat pelanggan atau melakukan kerja-kerja perakuanan dan perundangan apabila robot boleh melakukan kerja yang sama?
Ketika teknologi mula memusnahkan pekerjaan, menyebabkan banyak orang tidak ada kerja, bagaimanakah ia boleh mengisi kekosongan dalam erti kata "makna" kehidupan? Barangkali ketika itu dunia teknologi berasaskan agama yang diyakini oleh Michale akan jadi berguna?
Sudah tentu bukan kita saja yang bertanyakan soalan-soalan ini. Presiden Amerika, Barack Obama dalam majalan teknologi "Wired" keluaran terkini bercakap tentang minat dan komitmennya kepada sains dan inovasi.
Biarpun tidak ada lagi keraguan tentang nilai kewangan yang telah dijana oleh Lembah Silikon dan cara bagaimana ia jauh mengatasi apa yang boleh dibangunkan oleh China, keyakinan Presiden itu kepada sains yang tampak keanak-anakan tidak mempunyai asas moral dan sosial yang mendalam.
Teknologi selama ini adalah tentang penambahbaikan aplikasi yang berterusan. Apa yang diperlukan pada tahun-tahun mendatang ialah penekanan yang lebih banyak terhadap dimensi kemanusiaan.
Pada asasnya, kita harus mula bertanya kepada diri sendiri apakah ertiknya semua pembangunan ini?
Bagaimanakah ia akan memperbaiki kewujudan manusia?
Karim Raslan
Sun Nov 06 2016
Michael Hari tidak menamatkan ijazahnya, sebaliknya memilih untuk menyertai 'boot camp' koding selama tiga bulan dan kini bekerja sebagai jurutera perisian di Lembah Silikon. - Foto Karim Raslan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ceritalah USA: Masyarakat Afrika-Amerika dan peralihan kepada Trump
Dilema Andy Russell, masyarakat Afrika-Amerika dan peralihan kepada Trump.
Ceritalah USA: Lawrencia Atakora bosan persepsi ke atas kelompok minoriti
Wanita yang bosan dengan sentimen minoriti ini turut kecewa dengan kempen Republikan yang menurutnya, dibangunkan daripada pembohongan.
Ceritalah USA - Alyiah Al Bonjim
Reaksi Alyiah Al-Bonijim, pelajar 19 tahun di University Michigan, tentang Donald Trump yang bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.
Ceritalah USA: Zachary Shinske, si anak kampung
Baginya, Obama pemimpin yang membawa kerosakan. Walaupun tidak menuduh Presiden ke-44 itu rasuah atau tidak jujur, dia menggelengkan kepala pada Obamacare dan kekacauan yang memuncak di Asia Barat
Ceritalah USA - Ketika China bertambah kuat, Amerika semakin lemah: Kisah dua kuasa besar
Tentunya, kombinasi kekeliruan tentang penggunaan akaun emel Hilary serta sumber dana Yayasan Clinton telah membangkitkan perasaan curiga terhadap integriti pasangan ini.
Ceritalah USA: Menjadi warga Texas - Giovanni Vidana
Ketika lawatan singkatnya menemui masyarakat Mexico di Houston, Texas, Karim Raslan mendapati tidak semua warga Mexico membenci Donald Trump.
Ceritalah USA - Industri teknologi perlu dimensi kemanusiaan
Siapa lagi yang perlukan pekerja apabila robot boleh melakukan kerja yang sama?
Ceritalah USA: Filipino Amerika sebagai kuasa baru
Meskipun masyarakat Filipino Amerika adalah kelompok Asia Amerika yang kedua terbesar di negara itu, mereka merasakan mereka selama ini diabaikan oleh arus perdana.
Ceritalah USA - Quinn Dang: Menjadi Orang Amerika
Duduk di luar perpustakaan universitinya yang tampak anggun, dia bercerita kepada saya tentang satu masalah utama yang dihadapi oleh banyak pelajar kolej di Amerika: hutang.
Ceritalah USA
Mendarat di London pada pagi 23 Jun 2016, saya adalah antara jutaan orang yang tergamam dengan tindak balas pengundi terhadap sempadan terbuka, perdagangan bebas serta elit liberal dan kosmopolitan.