KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan empat jirannya di Taman Seri Keramat Tengah, Ulu Kelang, di sini, kerugian RM5,000 selepas cermin hadapan lima kenderaan mereka dipecahkan ejen pinjaman wang atau along gara-gara seorang daripada penduduk di situ tidak melunaskan hutangnya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian bermula 7 pagi pada 22 Mei lepas ketika lelaki berusia 42 tahun itu berada di rumah sebelum dikejutkan jiran yang menyatakan bahawa cermin hadapan kereta lelaki itu dan empat kereta jiran lain telah dipecahkan.
Beliau berkata selain insiden itu, mangsa turut menerima nota ugutan yang tertulis wang yang dihutang perlu dibayar.
"Dipercayai seorang daripada penduduk di kawasan itu ada membuat pinjaman wang dengan along. Disebabkan pinjaman tidak dibayar, along telah membuat khianat dengan memecahkan cermin kenderaan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
"Pihak kami turut menerima satu lagi laporan polis daripada seorang lelaki berusia 45 tahun bekerja sebagai penghantar barang Lalamove, yang keretanya disimbah cat setelah membuat pinjaman dengan along melalui dalam talian pada Januari lepas sebanyak RM500," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya susulan daripada kedua-dua laporan polis itu, seorang lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai ejen syarikat pinjaman wang ditahan di Ampang Boulevard Condominium, di Jalan Air Bukit, Taman Ampang Utama, di sini pada 4.30 petang, 25 Mei lepas.
Mohamad Farouk berkata polis turut merampas sebuah komputer riba, dua telefon bimbit dan pelbagai dokumen bagi tujuan siasatan.
"Suspek mempunyai empat rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah, dan direman enam hari hingga 31 Mei. Suspek telah diberi jamin polis dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek lain yang masih bebas," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023
Mohamad Farouk berkata polis turut merampas sebuah komputer riba, dua telefon bimbit dan pelbagai dokumen bagi tujuan siasatan. - Gambar hiasan
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Cermin kenderaan dipecah along, lima jiran rugi RM5,000
Menurut polis, selain insiden itu, mangsa turut menerima nota ugutan yang tertulis wang yang dihutang perlu dibayar.